Selasa, 9 November 2010


 

KERTAS KERJA CERAMAH PENGURUSAN MASA BERKUALITI
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TAHUN 6 2009
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan.

NO.TELEFON  : 05-4775145






1.

Pendahuluan


Dalam mengejar impian dan kejayaan, pelbagai usaha dan tanggungjawab perlulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh seseorang pelajar. Usaha bukan sahaja dari aspek pembacaan, pengkajian atau pengkaedahan tetapi juga harus bijak dalam pengurusan masa. Pengurusan masa yang baik dan bijak akan menghasilkan keberkesanan dalam setiap aktiviti atau program yang dijalankan. Oleh yang demikian dalam mengharungi pembelajaran yang berkesan, pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan adalah faktor kegagalan pelajar dalam pelajaran. Dengan itu, para pelajar harus dibantu dalam menguruskan masa dengan lebih baik.

             Oleh yang demikian, dengan mandat dan penuh rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah ini, akan mengadakan program ceramah tentang pengurusan masa kepada para pelajar bagi membantu mereka dalam mengurus dan mengatur masa dengan lebih berkesan dan juga sebagai satu langkah ke arah persediaan dalam menghadapi  peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.

2.
Penyataan Masalah


Faktor kegagalan dan masalah para pelajar dalam pengurusan masa ;
2.1  Tidak mempunyai jadual waktu persendirian.
2.2  Tidak memahami konsep dan teknik menguruskan masa.
2.3  Tidak ambil berat tentang pelajaran.
2.4  Tidak tahu membentuk jadual waktu.
2.5  Mempunyai sikap tidak menghargai masa.
2.6  Tidak tahu merancang dan menggunakan masa yang terluang.
2.7  Tidak tahu mengatur tugasan yang utama dan sampingan.
2.8  Terlalu selesa dengan pencapaian diri.

3.
Matlamat


Ke arah membantu dan meningkatkan sistem pengurusan masa para pelajar dengan lebih tersusun, teratur dan berkesan serta berkualiti dalam mencapai kecemerlangan.

4.0
Objektif
Diharapkan para pelajar dapat ;


4.1

Mengetahui konsep dan teknik menguruskan masa yang berkualiti.


4.2
Membina jadual waktu belajar yang betul.


4.3
Mengaplikasi dengan menguruskan masa seharian dengan tersusun dan teratur.


4.4
Bijak dalam menentukan dan membezakan antara tugasan keutamaan dan sampingan.



5.0
Sasaran

Semua murid Tahun 6 seramai 93 orang.

6.0
Jawatan Kuasa Pelaksana
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKTS
Guru Yang Dipilih

7.0
Sumber Kewangan

Tiada

8.0
Pelaksanaan Aktiviti

8.1
Tarikh
: 29 April 2009
8.2
Masa
: 3.00 – 4.50 petang
8.3
Tempat
: Dewan sekolah
8.4
Tajuk
: Pengurusan Masa Yang Berkualiti.
8.5
Penceramah
: Guru Bimbingan Sekolah ( En. Mohd Nazri Rozali)
8.6
Pengisian         Program
:
1.
Ceramah Pengurusan masa
2.
Pembentukan jadual waktu belajar di rumah.

Penutup


Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap agar aktiviti dan program yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada murid-murid dan mendapat sepenuh kerjasama daripada semua guru, kakitangan dan pentadbir Semoga segala kesungguhan dan sumbangan tenaga yang diberikan akan dilimpahi keberkatan untuk kita semua.



Disediakan oleh :                        Disahkan oleh :


…………………………           ……………………………

MOHD NAZRI ROZALI  EN AMIR ABD RAHMAN MIOR HAMZAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan