Selasa, 9 November 2010



Lencana Paling Cantik


SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145


PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2010
‘KERTAS CADANGAN KURSUS BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2010’


1.0
Pengenalan



Bengkel ini dirancang untuk meningkatkan prestasi UPSR 2010 bagi SK Tualang Sekah. Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Peperiksaan dan Unit Akademik diharap dapat memantapkan dan menyediakan peserta dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi UPSR yang bakal menjelang. Seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam semua mata pelajaran UPSR. Melalui bengkel ini murid-murid akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.


2.0
Matlamat



Matlamat bengkel ini adalah bagi memberikan pendedahan terhadap bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab soalan UPSR. Di samping dapat meningkatkan peratus kelulusan UPSR Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah khususnya dan Negeri Perak amnya.


3.0
Rasional



Memandangkan setiap peperiksaan memerlukan pengetahuan yang luas dan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberikan. Justeru , kebanyakan daripada murid mempunyai masalah dalam proses memahami dan menjawab dalam memberikan jawapan yang betul. Pemasalahan ini menyebabkan ramai di kalangan murid luar bandar khususnya gagal dalam memberikan jawapan yang baik dan berkesan. Ramai di kalangan mereka gagal dalam beberapa mata pelajaran yang berbentuk penulisan terutamanya dalam subjek Sains yang banyak menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami atau dihafal.
       Menyedari hakikat ini, Unit Bimbingan Sekolah mengambil satu insiatif dan merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR secara sistematik dan berkesan Melalui Program Peningkatan Akademik. Seterusnya kursus ini akan diadakan setiap tahun.

4.0

Objektif bengkel


Pada akhir bengkel ini para pelajar dapat :


4.1
Membina keyakinan diri dalam menjawab soalan-soalan UPSR.

4.2
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menjawab soalan-soalan sebenar UPSR

4.3
Membantu meningkatkan peratus pencapaian keseluruhan UPSR sekolah.
5.0
Pelaksanaan


5.1   Tarikh
:  5, 12, 13, & 19 Mei 2010


5.2   Hari
:  Setiap Rabu Sepanjang Bulan Mei


5.3   Tempat
:  Dewan Tahun 6 SK Tualang Sekah



5.4   Masa
:  3.00 pm – 5.00 pm


5.5   Sasaran
:  76 orang murid Tahun 6


5.6       Penceramah
        Undangan
:  Guru Cemerlang dan Guru Pemeriksa Kertas UPSR

5.7   Subjek
: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains & Matematik




5.8   Pengisian
: Ceramah dan Bengkel



6.0
Jawatan Kuasa Pengelola

Jawatankuasa Induk Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2009

Pengerusi
: En. Amir Abdul Rahman b. Mior Hamzah

  (Guru Besar SK. Tualang Sekah)
Timbalan Pengerusi
: En. Meor Zul Hassan b. Meor harun

  ( P. Kanan Pentadbiran0

: Tn Hj Ali Othman Dayon

  (PK HEM)
Setiausaha
: En. Mohd Nazri Bin Rozali
Bendahari         
: Pn. Ruziah bt. Ramli
AJK
: Semua Guru tahun 6

Jawatankuasa Kerja

Pendaftaran
:  Pn. Ruziah bt. Ramli
:  Pn. Jamiah bt. Abd. Hamid
Penyediaan bahan
;  En. Mohd Nazri b. Rozali
Persiapan dewan
:  En. Kamaruzzaman
:  En. Rizduan
:  En. Munir
Siaraya
:  En. Syahrul Rizal b Abd Kadir
cenderahati
;  Pn. Rofiah bt. Md Isa
Disiplin murid
:  En. Ishak  bin Ismail
:  En. Arshad b. Karam Din
Jamuan
:  Pn. Zamilah bt. Saidi
Buku Program
:  En. Razif b. Ibrahim
Juru Foto
: En. Aminuddin b. Ayub
Urusan Penveramah
: En Mohd Nazri b Rozali



7.0
Anggaran bajet


7.1 Perbelanjaan
Bil
Perkara
Bil Unit
Jum/RM
01
Minuman murid
RM 0.50 x 4 hari x 76 orang
RM 152.00
02
Jamuan Penceramah
4 orang
RM   40.00
03
Saguhati Penceramah
RM100 x 4 orang
RM 400.00
04
Pengurusan-Fail/fotostat

RM 100.00

Jumlah
RM 692.00

7.2 Sumber Pendapatan
Bil
Perkara
Jum/RM
01
Peruntukan Bimbingan & Kaunseling
RM 692.00

Jumlah
RM 692.00




8.0
Jadual Pelaksanaan

Rujuk lampiran 1


9.0
Penutup

Dengan adanya Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ini diharapkan dapat memberikan satu pengalaman yang amat berharga bagi calon-calon UPSR 2010. seterusnya dapat diaplikasikan semasa menjawab soalan UPSR nanti. Bengkel ini juga diharapkan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik sekolah ini. Akhirnya prestasi keputusan UPSR 2010  nanti lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.

Disediakan oleh :                                               Disahkan dan diluluskan oleh

………………………………...                        ………………………………
(MOHD NAZRI BIN ROZALI )    (EN. AMIR ABD RAHMAN B MIOR HAMZAH)
Guru Bimbingan Sekolah                                    Guru Besar,
Sek. Keb. Tualang Sekah.                                   Sek. Keb. Tualang Sekah. M. Nawar
Lampiran 3
8.0 Jadual Perlaksanaan Bengkel Teknik menjawab Soalan UPSR  SK Tualang Sekah 2010
TARIKH
HARI
MASA
SUBJEK
PENCERAMAH
SEKOLAH
JAWATAN
5 Mei 2010
Rabu
3.00-5.00pm
Sains
Pn. Zalmah Bt. Yaakob
0165574417
SK Kampar, Kampar
Pemeriksa Kertas Soalan Sains UPSR

12 Mei 2009
Rabu
3.00-5.00pm
Bahasa Malaysia
Pn. Noraini bt Mohd Idris
SK Seri Langkap, Langkap
Pemeriksa Kertas
Soalan UPSR Bahasa Malaysia

13 Mei 2009
khamis
3.00-5.00pm
Mate
Rohana bt. Zakaria
0125659639
SK Taman Gopeng
Pemeriksa Kertas
Soalan UPSR

19 Mei 2009
Rabu
3.00-5.00pm
Bahasa Inggeris
En. Issam bin Abdul Hai
0175920522
SK Gunung Panjang
Pemeriksa Kertas
Soalan UPSR








Tiada ulasan:

Catat Ulasan