| SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH 31700 MALIM NAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.TELEFON : 05-4775145 |
“KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG” Ruj. Kami : SKTS/UBK/08/03
Tarikh : 10 Jun 2008
Kepada,
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan
Tuan,
Jemputan Merasmikan Majlis Perasmian Penutup
Kem Pembangunan Sahsiah Remaja Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Selatan 2008
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dengan sukacitanya, pihak sekolah menjemput tuan untuk merasmikan Majlis Penutupan Kem tersebut pada ketetapan berikut :
Tarikh | : 15 Jun 2008 (Ahad) |
Masa | : 2.00 petang |
Tempat | : SK Tualang Sekah, Malim Nawar |
Tema | : “Pembangunan Sahsiah Pemangkin Kecemerlangan Akademik” |
3. Untuk pengetahuan tuan, kem ini akan dijalankan pada tarikh 13, 14, dan 15 Jun 2008 di sekolah ini, bertujuan memberi pendedahan , memupuk kesedaran dan menanam kekuatan dalam kalangan remaja dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani di dalam menghadapi cabaran masa depan.
4. Pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri di majlis tersebut. Kerjasama dan keperihatinan tuan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,

Tiada ulasan:
Catat Ulasan