Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145


                                                                                         Ruj. Kami: SKTS/UBK(PSS)/09/(02)
                                                                                         Tarikh       :  10 Feb. 2009

Tuan Pegawai
Pasukan Bomba & Penyelamat Kampar
Balai Bomba & Penyelamat
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.


Tuan,

Mohon  Khidmat Pegawai Bomba Bagi Latihan Kecemasan Kebakaran (Siri 1) 2009

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Latihan Kecemasan Kebakaran Siri 1 2009, mengikut ketetapan berikut :
     
2.1
Tarikh
: 13 Feb.2009
2.2
Tempat
: Sek. Keb. Tualang Sekah
2.3
Masa
: 8.00 pagi  
2.4
Aturcara


8.00 a.m
: loceng kecemasan kebakaran dibunyikan


: Latihan kecemasan kebakaran dimulakan


: Pemantauan /pemerhatian oleh pasukan Bomba
  terhadap perjalanan latihan tersebut.

8.45 a.m
: Penilaian Latihan oleh Pasukan Bomba

9.30 a.m
: Bersurai
                                                    
3          Oleh yang demikian kami amat berharap sekiranya pihak tuan dapat menyediakan pegawai untuk memantau dan memberi reaksi terhadap latihan kecemasan tersebuti.

4.         Segala kerjasama dan keprihatinan tuan, amatlah dihargai.  


Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menjalankan tugas,




s.k-fail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan