Jumaat, 5 November 2010















 





MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUAN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

          Tahniah dan syabas kepada  Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia atas inisiatif dan kesungguhan mendokumentasikan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah. Sesungguhnya, usaha ini merupakan nilai tambah dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkasakan profesion keguruan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah.

         Profesion Guru Bimbingan dan Kaunseling merupakan tonggak yang amat penting dalam usaha kerajaan menjayakan agenda pembangunan insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai pembimbing, pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kerjaya mulia dan menepati konsep ‘ amal soleh ‘ . Usaha untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang  dan berkualiti tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan kesungguhan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah  melaksanakan tugas yang diamanahkan.
          Murid-murid  pula dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menguasai ilmu amat diperlukan. Kita semua bertanggungjawab melahirkan generasi yang berilmu, mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Sejajar dengan itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memainkan peranan sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar transformasi sosial yang kita inginkan menjadi kenyataan.
          Akhir kata, saya berharap agar penerbitan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah ini akan mencapai matlamat yang disasarkan. Semoga ianya berupaya meningkatkan lagi imej dan martabat profesion Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah.

SELAMAT MAJU JAYA,


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan