Jumaat, 5 November 2010

Surat Lembaga Air

SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON : 05-4775145

‘1 Malaysia : Rakyat DiDahulukan,Pencapaian DiUtamakan’ Ruj. Kami: SKTS/ubk/02/2.5/18
Tarikh : 17 Febuari 2010

Kepada :

Pengurus
Lembaga Air Kampar,
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN AIR BAGI KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH AWAL REMAJA ANJURAN SK TUALANG SEKAH & JK KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH GOPENG/ KAMPAR 2010


Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Kem tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19, 20 & 21 Feb 2010
Hari : Jumaat-Ahad ( 3 hari 2 malam)
Masa : 3.00pm 19/02/10 hingga 1.00 pm 21/02/10
Tempat : SK Tualang Sekah, Malim Nawar
Penglibatan : 120 orang murid ( 5 buah sekolah)
: 40 orang guru

3. Memandangkan bekalan air sedia ada tidak dapat menampung jumlah peserta yang ramai, Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku , pihak sekolah dengan rasa berbesar hati memohon jasa baik tuan untuk memberi kebenaran untuk menggunakan air ( Paip Bomba) yang terdapat berhampiran dengan sekolah.

5. Kerjasama dan keperihatinan tuan terhadap perkara tersebut amatlah diharapkan, agar segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keberkahan dariNya.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………………………………………………….




S.k – Fail
- Balai Bomba Kampar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan