Jumaat, 5 November 2010


          SEK. KEB. TAULANG SEKAH,
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

TEL/FAX : 05 4775145
KOD SEKOLAH : ABA 2022


Ruj. Kami    : HAC/02/08/008(22)
                                                                                               Tarikh          : 4 November 2008

Kepada,
Pengerusi,
Koperasi Serbaguna Kemas Berhad,
Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.          
(U.P : Tn. Hj. Abdul Manan b. Hj. Salleh)

Tuan/Puan,

Memohon Sumbangan Bagi Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Tualang Sekah, Malim Nawar.

Dengan hormatnya dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2008 pada :-

Tarikh
: 12 November 2008 ( Rabu)
Masa
: 8.30 pagi
Tempat
: Dewan Sekolah
Perasmian
: Yang Berusaha En Abdul Majid b. Yusuf

  Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Perak.

2.         Bagi menjayakan majlis ini, pihak sekolah memerlukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM1600.00 ( RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU ENAM RATUS) seperti mana butiran di bawah ini :
           
2.1
Hadiah Murid
: RM1000.00
2.2
Anugerah Khas
: RM  300.00
2.3
Pengurusan
: RM  250.00
2.4
Cenderahati
: RM    50.00

Jumlah
: RM1600.00

3.         Perbelanjaan ini amat besar dan pihak sekolah amat memerlukan sokogan dan sumbangan daripada pihak Tuan/Puan bagi membiayai majlis ini nanti.

4.         Atas sokongan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan berikan, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………..
(AMIR ABDUL RAHMAN B. MIOR HAMZAH)
Guru Besar,
SK Tualang Sekah,
31700 Malim Nawar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan