![]() | SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH 31700 MALIM NAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.TELEFON : 05-4775145 |
‘1 Malaysia : Rakyat DiDahulukan,Pencapaian DiUtamakan’ Ruj. Kami: SKTS/ubk/02/2.5/18
Tarikh : 10 Febuari 2010
Kepada :
Ketua Balai
Balai Bomba Kampar,
31900 Kampar,
Perak Darul Ridzuan
Tuan,
MEMOHON MEMINJAM PERALATAN PENYALURAN AIR
KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH AWAL REMAJA 2010 ANJURAN SK TUALANG SEKAH & JK KEBAJIKAN KANAK-KANAK DAERAH GOPENG/ KAMPAR
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan, Kem tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :
| Tarikh | : 19, 20 & 21 Feb 2010 |
| Hari | : Jumaat-Ahad ( 3 hari 2 malam) |
| Masa | : 3.00pm 19/02/10 hingga 1.00 pm 21/02/10 |
| Tempat | : SK Tualang Sekah, Malim Nawar |
| Penglibatan | : 120 orang murid ( 5 buah sekolah) : 40 orang guru |
3. Berdasarkan jumlah peserta yang ramai, menyebabkan bekalan air sedia ada tidak mencukupi. Oleh yang demikian pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk menyediakan peralatan penyaluran air untuk memudahkan pengisian ke dalam tangki yang disediakan sepanjang tempoh program berlangsung.
5. Kerjasama dan keperihatinan tuan amatlah diharapkan, agar segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keberkahan dariNya.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,
…………………………………………………………………….
( AMIR ABDUL RAHMAN BIN MIOR HAMZAH)
Guru Besar,
SK Tualang sekah,
31700 Malim Nawar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan