Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145

1 Malaysia: ‘Rakyat DiDahulukan,Pencapaian DiUtamakan’                Ruj. Kami: SKTS/ubk/02/2.5/08
                                                                                                                      Tarikh      :  5 Oktober  2010

Kepada :

Ibu Bapa/Waris/Penjaga,
Murid-Murid Tahun 6
SK Tualang Sekah

Tuan/Puan,

Makluman Lawatan ke Pameran Akademik Dan Penyelidikan Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) Seri Iskandar Tronoh


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Untuk makluman tuan/puan, lawatan tersebut adalah anjuran Unit Bimbingan Sekolah dan  akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh
: 15 Oktober  2010
Hari/Masa
: Jumaat/ 8.30 am hingga 12.30 pm
Tempat
: Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Tronoh

3.         Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan pendidikan dan maklumat yang berguna dalam menjana pengetahuan serta memupuk minat murid-murid terhadap pusat pengajian tinggi.

3.            Bersama ini, dilampirkan Surat Kebenaran Ibu Bapa untuk tindakan tuan/puan.

5.            Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amatlah diharapkan, agar segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keberkahan dariNya.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………………………………………….
( AMIR ABDUL RAHMAN BIN MIOR HAMZAH)
Guru Besar,
SK Tualang sekah,
31700 Malim Nawar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan