| SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH 31700 Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan. NO.TELEFON : 05-4775145 |
| ‘Komuniti Berilmu Perak Terbilang’ Ruj. Kami | : SKTS/UKS/08/01 | |
| Tarikh | : 8 April 2008 | |
Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta
Jalan Panglima Bukit Gantang
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
(U.P :.......................................................)
Tuan,
Memohon Mengadakan Kemudahan Keselamatan ‘Zebra Crossing’ dan Tanda-Tanda Keselamatan Jalan Raya Utama Di Hadapan SK Tualang Sekah, Malim Nawar.
Perkara di atas dirujuk.
2. Untuk pengetahuan tuan, pihak sekolah telah melancarkan Program Sekolah Selamat bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Salah satu kriteria yang harus dititikberatkan adalah berkenaan dengan ‘Keselamatan Sekolah Yang Berhampiran Dengan Jalan Raya’.
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengenal pasti beberapa perubahan yang harus dilakukan bagi meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan murid terjamin.
Rasionalnya :
| 3.1 | Kedudukan sekolah yang berhadapan dengan jalan raya utama mengundang kesesakan lalu lintas. Senario tersebut menyebabkan tahap keselamatan sekolah dan murid agak membimbangkan terutama semasa sesi persekolahan. | |
| 3.2 | Tanda-tanda keselamatan yang sedia ada kurang sesuai dan tidak menjamin tahap keselamatan murid. | |
4. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menggariskan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap keselamatan sekolah dan murid terjamin seperti berikut :
| 4.1 | Mengadakan ‘Zebra Crossing’ di hadapan pintu besar sekolah. |
| 4.2 | Pengubahsuaian kedudukan dan saiz lampu isyarat yang sedia ada. |
| 4.3 | Meletakkan papan-papan keselamatan seperti ‘ Awas Kawasan Sekolah’, ‘Awas Murid/Kanak-Kanak Melintas’, ‘ Had Laju’ dan‘ Waktu Persekolahan’ |
5. Adalah diharapkan permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan pihak tuan sewajarnya. Kerjasama tuan amat dialu-alukan demi menjamin keselamatan semua.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan tugas,
……………………………………….

Tiada ulasan:
Catat Ulasan