![]() | SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH 31700 MALIM NAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.TELEFON : 05-4775145 |
“Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan” Ruj. Kami : SKTS/UBK/02/2.5/07
Tarikh : 4 Feb 2010
Kepada :
Guru Besar
SK Malim Nawar
SK Methodist Malim Nawar
SJK (T) Methodist Malim Nawar
SJK (C) Ying Sing Malim Nawar
SK Kuala Dipang, Jeram
SK Gunung Panjang, Gopeng
Tuan/Puan,
Makluman Kem Pembangunan Sahsiah Remaja 2010 SK Tualang Sekah, Malim Nawar
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman tuan, Kem Pembangunan Sahsiah Remaja 2010 adalah anjuran bersama SK Tualang Sekah dan JK Kebajikan Kanak-kanak Daerah Gopeng/Kampar yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh | : 19, 20 & 21 Feb 2010 |
Hari | : Jumaat-Ahad ( 3 hari 2 malam) |
Tempat | : SK Tualang Sekah, Malim Nawar |
Sasaran | : 10 Murid -Lelaki/Perempuan Tahun 6 ( Potensi UPSR) |
Yuran Pendaftaran | : Hanya RM20.00 setiap peserta |
3. Sehubungan dengan itu, sekolah tuan telah dipilih untuk menyertai kem tersebut. Sekiranya sekolah Tuan berminat , Tuan dijemput hadir ke mesyuarat pada ketetapan berikut :
Tarikh | : 8 Feb 2010 ( Isnin) |
Masa | : 2.30 pm |
Tempat | : Bilik Gerakan SK Tualang Sekah, Malim Nawar |
4. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amatlah diharapkan, agar segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,
……………………………………………..
( AMIR ABDUL RAHMAN BIN MIOR HAMZAH)
Guru Besar,
SK Tualang sekah,
31700 Malim Nawar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan