Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145

  “KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG”                            Ruj. Kami : SKTS/UBK/08/07
                                                                                                            Tarikh       :  11 Jun  2008

Kepada,

Tuan Pengurus
Bahagian Pendakian
Pusat Rekreasi Gua Tempurung
31600 Gopeng
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

Rayuan Potongan Harga Untuk Aktiviti Pendakian ( Grand Tour ) Sempena
Kem Pembangunan Sahsiah Remaja  Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Selatan 2008

Dengan segala hormatnya merujuk saya perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan sempena dengan aktiviti Kem Pembangunan Sahsiah Remaja yang akan diadakan pada 13, 14 dan 15 Jun 2008 di SK Tualang Sekah, Malim Nawar, pihak sekolah ini ingin membuat rayuan kepada pihak tuan agar dapat memberikan satu kadar potongan harga tiket untuk melaksanakan aktiviti pendakian Gua Tempurung kepada semua pelajar yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah di Daerah Kinta Selatan yang terlibat dalam program tersebut.

3.         Untuk makluman tuan, seramai 99 orang murid tahun enam telah dipilih dari 11 buah sekolah Daerah Kinta Selatan yang terdiri daripada keluarga desa yang berpendapatan rendah dan belajar di sekolah rendah luar bandar .

4.         Selain itu, murid-murid ini kurang diberi pendedahan dan  tidak berpeluang untuk menyertai program rekreasi disebabkan masalah kewangan keluarga.

5.         Pihak sekolah amat berbesar hati dfi atas komitmen pihak tuan memberikan kadar  potongan istimewa kepada semua murid yang terlibat dalam aktiviti ini.

6.         Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,


………………………………………………..
( AMIR ABDUL RAHMAN B. MIOR HAMZAH)
Guru Besar,
Sek. Keb. Tualang Sekah,
Malim Nawar, Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan