Selasa, 9 November 2010




 



UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan.

NO.TELEFON  : 05-4775145


KERTAS KERJA PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TAHUN 6 (UPSR) KAUNSELING BERFOKUS 2009
 



1.

Pendahuluan


Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap murid dan juga pihak sekolah. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut bukan sahaja memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih daripada murid tetapi pihak sekolah juga perlu bertanggungjawab untuk menyediakan dan melaksanakan aktiviti serta program  secara berkesan yang dapat memberikan hasil yang maksimum. Justeru itu,  Program Peningkatan Akademik  amat perlu dilaksanakan  terutamanya murid Tahun 6 dalam menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai dan berkesan, motivasi ke arah memantapkan jati diri dan keyakinan diri, dan juga program-program berbentuk kerohanian yang boleh meningkatkan disiplin serta sahsiah di samping ke arah persediaan diri menghadapi peperiksaan yang bakal ditempuhi.

             Dengan mandat dan penuh rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah ini, akan menjalankan program ini mengikut panduan dan kriteria-kriteria yang telah diberikan.

2.
Penyataan Masalah


Terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam meningkatkan kecemerlangan akademik. Pemasalahan yang dapat dikesal pasti ialah ;
2.1  Pengurusan masa yang lemah dan tidak teratur.
2.2  Teknik dan kaedah pembelajaran yang tidak sesuai dengan kemampuan diri.
2.3  Tidak memahami konsep dan teknik kemahiran membaca dengan betul.
2.4  Mengalami stress yang berpanjangan.
2.5  Kurang motivasi dan disiplin diri.
2.6  Lemah dalam kemahiran berfikir.
2.7  Kurang perhatian dan sokongan daripada rakan dan ibu bapa.
2.8  Tiada sikap berlumba-lumba antara rakan.
2.9  Terlalu selesa dengan pencapaian diri.

3.
Matlamat


Ke arah  untuk meningkatkan kualiti pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dengan beberapa aktiviti pembelajaran, motivasi dan kerohanian.

4.0
Objektif


4.1

Membantu murid memahami dan menyelesaikan masalah pembelajaran secara berfokus dan bermaklumat.


4.2
Membantu sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan murid dari segi akademik dan sahsiah diri.


4.3
Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid dan sekolah.

5.0
Sasaran


4.1
Kumpulan Akademik Cemerlang    ( 14 orang )  -  Tahun 6

4.2
Kumpulan Akademik Sederhana    (   9 orang )  -  Tahun 6

4.3
Kumpulan Akademik Galus             (18 orang)   -  Tahun 6


( Senarai nama peserta dan kumpulan rujuk lampiran )



6.0
Jawatan Kuasa Pelaksana
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKTS
Guru Yang Dipilih

7.0
Sumber Kewangan


Semua perbelanjaan program dan aktiviti ditanggung dan diuruskan oleh pihak sekolah (jika berkaitan).

8.0
Pelaksanaan Aktiviti

Bil
Jenis Aktiviti
Kumpulan
Masa
Hari/minggu
8.1
Kaunseling Individu
Setiap peserta
Waktu kelas /lepas sekolah
Mengikut keperluan
8.2
Kaunseling Kelompok
Semua kumpulan
Lepas kelas/
KAC-2.30-3.30 p.m
KAS -3.30-4.30 p.m
KAG- 4.30-5.50 p.m
Hari Rabu
( sekurang-kurangnya sekali seminggu)
8.3
Bimbingan Kelompok
Kelompok
Gabungan
Masa yang ditetapkan
Mengikut program
Mengikut ketetapan modul


i.



i.
ii.
iii.
iv.


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.


i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.


i.
ii.
iii.

Aktiviti Kaunseling Individu
Mengenalpasti punca dan menyelesaikan masalah murid secara peribadi.

Aktiviti Kaunseling Kelompok
Penghargaan kendiri.
Perbincangan isu yang terbuka.
Perbincangan masalah berkaitan dengan pelajaran.
Pembentukan jadual belajar.

Aktiviti Pembelajaran
Modul 1  -  Kemahiran Belajar  1  ( membaca)
Modul 2  -  Kemahiran Belajar 11  ( Mencatat nota )
Modul 3  -  Kemahiran Belajar 111 ( mengingat )
Modul 4  -  Teknik Mengurus Masa
Modul 5  -  Teknik  menangani stress
Modul 6  -  Strategi Menghadapi Peperiksaan

Program  Motivasi
Kontrak Pembelajaran
Penentuan Matlamat Kendiri
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Pengajian Tinggi
Kem Bina Insan
Bacaan Yasin
Seminar / Ceramah Keibubapaan ( UPSR )
Peluang-Peluang Pengajian.
Penjagaan Kesihatan

Aktiviti Susulan Peningkatan Akademik
Kajian / Soal Selidik Personaliti
Kajian/ Soal Selidik Peningkatan Akademik
Pemantauan/Pemerhatian Setiap Program




Penutup


Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap agar aktiviti dan program yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada murid-murid dan mendapat sepenuh kerjasama daripada semua guru, kakitangan dan pentadbir Semoga segala kesungguhan dan sumbangan tenaga yang diberikan akan dilimpahi keberkatan untuk kita semua.



Disediakan oleh :                                                        Disahkan oleh :


…………………………                                               

MOHD NAZRI ROZALI
G/BIMBINGAN SEKOLAH



1 ulasan:

  1. assalamualaikum mohon halal ilmu yang saudara kongsikan,sayangt membantu saya

    BalasPadam