KERTAS CADANGAN KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH REMAJA
KELOMPOK 4 , DAERAH KINTA SELATAN 2010
TEMA :
“PEMBANGUNAN SAHSIAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN AKADEMIK ”
1.0 | Pengenalan | |
Memandangkan peratusan jenayah yang kian meningkat dalam kalangan masyarakat khususnya remaja sekolah, keperluan untuk mengadakan sesuatu program atau pengisian amat penting bagi membendung kegiatan tersebut terus menular. Oleh yang demikian, bagi memenuhi hasrat kerajaan ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari pelbagai aspek, pihak Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar bersama Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Daerah Gopeng-Kampar merasa bertanggungjawab untuk merancang ,merangka, dan memperkenalkan satu program yang dapat memberi pendedahan, kesedaran dan kekuatan terutamanya aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek ke arah mempunyai semangat ‘Satu Malaysia’. Penerapan dan penggabungan antara elemen keagamaan, psikologi dan sains dijadikan satu landasan dalam membentuk pegangan dan benteng yang kuat dalam jiwa remaja ke arah mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran masa depan. |
2.0 | Matlamat | |
Ke arah pembinaan insan yang berakhlak, berketrampilan, berdisiplin dan mempunyai jati diri serta mewujudkan intergrasi antara kaum dengan semangat ‘Satu Malaysia” di samping meningkatkan prestasi cemerlang di bidang akademik. |
3.0 | Rasional | |
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah mewujudkan generasi muda yang diberi pendidikan seimbang dan sempurna dalam aspek akademik dan sahsiah pelajar. Bersesuaian dengan zaman kemajuan ini peserta-peserta perlu ditanam dengan sahsiah, di samping kekuatan fizikal dan spiritual. Kepercayaan kepada Tuhan, ketaatan kepada Ibu bapa dan Guru serta patuh kepada perlembagaan dan undang-undang merupakan satu amalan yang wajib oleh setiap individu bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat ‘Satu Malaysia’. Melalui kepercayaan dan kepatuhan, seseorang dapat membentuk sahsiah diri agar menjadi seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. |
4.0 | Objektif | |
Pada akhir program ini para peserta dapat : | ||
4.1 | Membina jati diri pelajar yang dinamik dan meningkatkan keyakinan diri setiap individu. | |
4.2 | Memupuk semangat ‘Satu Malaysia’ antara kaum di kalangan pelajar. | |
4.3 | Memupuk dan menyemai sikap kreatif,inovatif, dan berdaya saing dalam kalangan pelajar. | |
4.4 | Membina kerangka personaliti proaktif di kalangan pelajar berasaskan kesepaduan komponen jasmani, emosi, rohani, intelek dan agama. | |
4.5 | Mengendalikan dan menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesebuah kumpulan. | |
4.6 | Membina semangat kerjasama di antara ahli kumpulan. | |
4.7 | Menyatakan tanggungjawab dan ketaatan yang perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar kepada Tuhan,Ibu bapa, Guru dan masyarakat di dalam kehidupan seharian. |
5.0 | Jawatankuasa Pengelola 5.1 Jawatankuasa Induk
5.2 Jawatankuasa Kerja
|
5.0 | Sasaran Program | |||||||
| ||||||||
6.0 | Anjuran/kerjasama | |||||||
6.1 Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Tualang Sekah, 6.2 JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Gopeng-Kampar | ||||||||
7.0 | Jadual Pelaksanaan | |||||||
7.1 Tarikh | : Jangkaan 19,20 & 21 Feb 2010 | |||||||
7.2 Hari | : Jumaat, Sabtu & Ahad ( 3 hari 2 malam) | |||||||
7.3 Tempat | : SK Tualang Sekah, Malim Nawar | |||||||
8.0 | Sumber Tenaga/Penglibatan | |||||||
8.1 Penceramah Jemputan | ||||||||
8.2 Guru-guru sekolah yang terlibat | ||||||||
8.3 JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Gopeng-Kampar | ||||||||
8.4 JK Persatuan Ibu Bapa & Guru SK Tualang Sekah, Malim Nawar | ||||||||
8.5 Pusat Kesihatan Malim Nawar | ||||||||
8.6 Balai Polis Malim Nawar | ||||||||
8.7 Pasukan Bomba & Keselamatan Kampar | ||||||||
8.8 Majlis Guru Kaunseling Daerah Kinta Selatan | ||||||||
8.9 Lembaga Air Perak |
9.0 | Bajet | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
9.1 Anggaran Perbelanjaan ( a)
Anggaran Perbelanjaan (b)
9.2 Sumber Pendapatan
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
10. 0 Perincian Sebut Harga & Menu Jamuan
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
11.0 | Tentatif Program Hari Pertama
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
12.0 | Perincian Aktiviti Utama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
13. | Aturcara Majlis Perasmian Penutup | ||||||||||||||
13.1 Tarikh | : 21 Feb 2010 ( Ahad ) | ||||||||||||||
13.2 Masa | : 11.30am - 1.00 pm. | ||||||||||||||
13.3 Tempat | : SK Tualang Sekah, Malim Nawar | ||||||||||||||
13.4 Perasmi | : Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan (PPDKS) | ||||||||||||||
13.5 VIP/Jemputan | : JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Gopeng - Kampar : Yg. Di Pertua & Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tualang Sekah : Guru-guru Besar Sekolah yang terlibat. | ||||||||||||||
: Ibu bapa murid yang terlibat : Guru-guru pengiring | |||||||||||||||
13.6 Aturcara Majlis |
|
14. | Penutup |
Semoga dengan segala rancangan yang dibuat dan sokongan padu semua pihak, hasrat suci dan matlamat murni yang digariskan melalui program ini dapat dilahirkan dengan jayanya. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi agar usaha murni ini mendapat barakah dan keredhaanNya. Sumbangan semua pihak secara langsung atau tidak langsung pihak sekolah dahului dengan ribuan terima kasih yang terhingga. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Disediakan oleh , Disemak dan disahkan oleh, ……………………………………… ………………………………………… ( MOHD NAZRI B ROZALI ) ( EN.AMIR ABD RAHMAN B MIOR HAMZAH) S/Usaha Program |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan