Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145


                                                                                         Ruj. Kami: SKTS/UBK/08/01
                                                                                                 Tarikh      :  27 Mac 2008
Pengarah,
Jabatan Agama Islam Negeri Perak,
Perak Darul Ridzuan.
(U/P : Ust. Haris Fazilah, KPP Bahagian Dakwah)

Tuan,

Memohon Sumbangan Untuk Program Pembangunan Sahsiah Remaja 2008
Sek. Keb. Tualang Sekah, 31700 Malim Nawar.
Tarikh    :   16, 17 & 18 Mei 2008 ( 3 hari 2malam)
Tempat  :   Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan (SK Kuala Dipang)

Perkara di atas adalah dirujuk.

Memandangkan Kerajaan Negeri dan Teramat Mulia Raja Muda Perak amat menitikberatkan pembinaan sahsiah dan kecemerlangan akademik, maka pihak Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar berhasrat untuk meneruskan dan menyahut cabaran tersebut. Ini terbukti setelah enam program seperti ini yang telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak telah berjaya membina dan melahirkan remaja yang berketrampilan, berkeperibadian dan cemerlang di bidang akademik.  (Lihat lampiran kertas kerja)

Oleh itu, pihak sekolah berhasrat untuk mendapatkan sumbangan agar program yang dicadangkan dapat dilaksanakan dan di bawah kelolaan serta pemantauan pihak tuan.

Semoga dengan kerjasama dan perhatian pihak tuan, program tersebut akan melahirkan insan yang berkeperibadian mulia, bertakwa, berketrampilan dan cemerlang akademik selaras dengan tuntutan agama.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan