Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145


                                                                                                                          Tarikh : 25 Mei 2007
Kepada,

Ibu bapa/Penjaga/Waris


Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENGUATKUASAAN PERATURAN LARANGAN MEMBAWA ATAU MELETAKKAN KENDERAAN DI KAWASAN SEKOLAH PADA WAKTU PERSEKOLAHAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil ibu bapa,PIBG dan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta bagi membincangkan perkara yang tersebut di atas pada :

Tarikh
: 15 Mei 2007
Hari
:  Selasa
Masa
:  12.30 tghari
Tempat
:  Bilik Guru Besar SKTS

Bersama ini, dinyatakan Keputusan Perbincangan tersebut seperti berikut :

i
Pihak ibu bapa tidak dibenarkan membawa masuk atau meletakkan kenderaan di kawasan sekolah Pada Waktu Persekolahan sama ada menghantar atau mengambil anak.


ii
Pihak sekolah membenarkan pintu pagar dibuka dengan syarat ibu bapa sendiri yang menghantar atau mengambil anak di kawasan sekolah.

Sokongan dan kerjasama ibu bapa amatlah dialukan agar segala perancangan dan peraturan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan  semua pihak.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,


………………………………………
(                                                         )




sk : fail Keselamatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan