Selasa, 9 November 2010




 

KERTAS KERJA CERAMAH PENENTUAN MATLAMAT DAN HALA TUJU MURID
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TAHUN 6 2009
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan.

NO.TELEFON  : 05-4775145













1.





Pendahuluan




Penentuan matlamat merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan dan memberi kesan kepada kecemerlangan murid dalam hidup. Ianya juga berkaitan secara langsung dalam memastikan kerjaya yang dipilih adalah bersesuaian dan bertepatan dengan  matlamat dan minat murid. Kebanyakkan para pelajar pada hari ini gagal dalam bidang yang diceburi atau kerjaya masing-masing, adalah kerana kurangnya kesedaran  dalam menentukan matlamat awal serta gagal mengesan minat mereka. Justeru, dalam mengejar impian dan cita-cita, para pelajar harus mempunyai matlamat berdasarkan minat diri dan harus bijak  membuat keputusan untuk membina masa depan yang cemerlang. 

             Oleh yang demikian, dengan mandat dan penuh rasa tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah ini, akan mengadakan satu program ceramah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan dalam menentukan matlamat diri berdasarkan minat dan keupayaan mereka di samping ianya juga mempengaruhi perkembangan kecemerlangan diri.

2.
Penyataan Masalah


Faktor kegagalan dan masalah para pelajar dalam pembelajaran ;
2.1  Tidak tahu matlamat belajar.
2.2  Tidak dapat menentukan matlamat diri.
2.3  Tidak pernah didedahkan dengan pembinaan matlamat diri.
2.4  Tidak tahu tentang minat dan keupayaan sendiri.
2.5  Kurang kesedaran dan motivasi diri.



3.
Matlamat


Ke arah membantu, menyedarkan dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman  tentang betapa pentingnya menentukan matlamat dalam memotivasikan diri untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi di samping memberi panduan untuk membentuk matlamat diri berdasarkan minat mereka.

4.0
Objektif
Diharapkan para pelajar dapat ;


4.1

Menerangkan bahawa menentukan matlamat akan memberi kesan kepada kecemerlangan mereka di masa akan datang.


4.2
Meramalkan lima matlamat berasaskan minat dan keupayaan mereka untuk dicapai dalam masa lima tahun akan datang.


4.3
Menentukan matlamat kerjaya berasaskan minat dan keupayaan mereka.


4.4
Membina cita-cita yang terbaik kepada mereka.




4.5
Meningkatkan motivasi pembelajaran kepada murid.



5.0
Sasaran

Semua murid Tahun 6 seramai 93 orang.

6.0
Jawatan Kuasa Pelaksana
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKTS
Guru Yang Dipilih

7.0
Sumber Kewangan

Tiada

8.0
Pelaksanaan Aktiviti

8.1
Tarikh
: 25 Mac 2009
8.2
Masa
: 3.00 – 5.00 petang
8.3
Tempat
: Dewan sekolah (  Kelas Tahun 6)
8.4
Tajuk
: Penentuan Matlamat Diri
8.5
Penceramah
: Guru Besar SKTS ( En. Amir Abd. Rahman b.
   Mior Hamzah)
8.6
Pengisian         Program
:
1.
Ceramah
2.
Membina matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
3.
Membina kerjaya idaman.



Penutup


Unit Bimbingan dan Kaunseling berharap agar aktiviti dan program yang dijalankan ini akan ember manfaat kepada murid-murid dan mendapat sepenuh kerjasama daripada semua guru, kakitangan dan pentadbir Semoga segala kesungguhan dan sumbangan tenaga yang diberikan akan dilimpahi keberkatan untuk kita semua.



Disediakan oleh :                            Disahkan oleh :


…………………………                 ……………………………

      MOHD NAZRI ROZALI             EN AMIR ABD RAHMAN MIOR HAMZAH

  GURU BIMBINGAN SEKOLAH      GURU BESAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan