Selasa, 9 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145
E-MAIL  : skts aba2022@yahoo.com
E-MAIL  : skts_aba2022@hotmail.com

 PROGRAM PENINGKATAN BIDANG PENGURUSAN DAN SISTEM
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI




1.0 Pengenalan

Program ini dirancang oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Kelab Guru SK Tualang Sekah dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Bota.
Ini adalah satu usaha memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah ini tentang system pengurusan dan pengajaran & pembelajaran yang berkualiti dan terancang dalam membina system pendidikan yang lebih berkesan.

2.0 Matlamat

Ke arah memantapkan dan meningkatkan prestasi di bidang pengurusan dan kaedah pengajaran & pembelajaran yang lebih strategic dan berkesan.


3.0 Rasional

Memandangkan system pendidikan di Negara ini menekankan kepada pendidikan yang bertaraf professional dan maju , maka guru-guru  haruslah berubah ke arah mempersiapkan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas dan sentiasa peka dengan perubahan pendidikan semasa,  dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan global. Justeru perubahan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani amat diperlukan bagi membina guru-guru yang mempunyai kualiti diri, kreatif, inovasi dan seterusnya menjana system pengurusan dan pendidikan yang lebih strategic dan berkesan.

4.0 Objektif

Pada akhir program ini para peserta dapat :

1.  Membentuk satu strategi pengurusan yang lebih berkualiti.

2.  Mahir dan yakin dalam menggunakan peralatan dan bahan Bantu mengajar dengan
     lebih berkesan.

3.  Menjana kaedah-kaedah yang lebih strategic dan berkesan di dalam P&P.

4.  Merapatkan ukhuwwah dan siraturrahim antara pihak sekolah dan pihak IPT.

5.0 Pengisian Program

Bil
Tajuk/Pengisian

1
Penggunaan Internet dalam pengajaran & Pembelajaran.
2
Pembinaan E- Mail
3
Penggunaan Power Point dalam pengajaran & pembelajaran.
4
Strategi & Kualiti Pengurusan.


6.0 Sasaran Program

Guru-guru SK Tualang Sekah, Malim Nawar seramai 27 orang.

7.0 Anjuran

Unit Bimbingan Dan Kaunseling bersama Kelab Guru SK Tualang Sekah dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Bota, Perak.

8.0 Pelaksanaan

Tarikh
:   24,25 & 26 Jun 2005
Hari
:  Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat
:  Kampus Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri
   Iskandar, 32600 Bota, Perak.


9.0     Sumber Kewangan
       Rujuk lampiran 1

10.0Jawatankuasa Pengelola
       Rujuk lampiran 2

11.0 Tentatif Program

       Tertakluk kepada pihak Universiti.

12.0      Penutup

Semoga dengan usaha yang dirancang dan sokongan padu semua pihak, hasrat murni ini dapat dijalankan dengan jayanya dan memberi manafaat kepada semua yang terlibat serta mendapat keberkatan dan keredhaanNya.  

1 ulasan:

  1. merkur 34c slot gocasinon blackjack no deposit bonus
    online casino merkur 34c 메리트카지노 slot gocasinon blackjack no deposit 인카지노 bonus,slot casino review,onlinecasinofortuna2021-03-13_gaming.png,onlinecasinofortuna2021-03-13_gaming.png. 메리트 카지노 고객센터

    BalasPadam