![]() | SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH 31700 MALIM NAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.TELEFON : 05-4775145 |
‘1 Malaysia : Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan’ Ruj. Kami : SKTS/ubk/0.2/2.5/16
Tarikh : 17 Februari 2010
Kepada,
Tuan Yg DiPertua Persatuan Ibu Bapa & Guru
SK Tualang Sekah,
31700 Malim Nawar
Tuan/Puan,
Jemputan ke Majlis Perasmian Penutup Kem Pembangunan Sahsiah Remaja Sekolah-Sekolah Zon Malim Nawar, Anjuran SK Tualang Sekah dan JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Gopeng/Kampar 2010
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dengan sukacitanya, pihak sekolah menjemput tuan ke Majlis Perasmian Penutup Kem tersebut pada ketetapan berikut :
| Tarikh | : 21 Februari 2010 (Ahad) |
| Masa | : 11.30 am |
| Tempat | : SK Tualang Sekah, Malim Nawar |
| Tema | : “Pembangunan Sahsiah Pemangkin Kecemerlangan Akademik” |
| Perasmian oleh | : Tn Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Selatan |
3. Untuk pengetahuan tuan/puan, kem ini akan dijalankan pada tarikh 19, 20 & 21 Februari 2010 di sekolah ini, bertujuan memberi pendedahan , memupuk kesedaran dan menanam kekuatan dalam kalangan remaja dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani di dalam menghadapi cabaran masa depan.
4. Pihak sekolah amat berbesar hati, sekiranya tuan dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri di majlis tersebut. Kerjasama dan keperihatinan tuan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………………………………
(EN AMIR ABDUL RAHMAN B MIOR HAMZAH)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah,
31700 Malim Nawar, Perak
S.k : Fail

Tiada ulasan:
Catat Ulasan