Jumaat, 5 November 2010

Fail Meja B/K-Bahagian 1


1.1    Latar Belakang


Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah serta pembangunan diri murid.

Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru kaunseling bagi memudahkan pelaksanaan  pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancangkan.

Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu menjalankan tugas-tugas seharian sebagai seorang guru kaunseling.
1.2    Visi dan Misi  Kementerian Pelajaran Malaysia  



VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang Menjelang 2010





MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia


1.3    Visi dan Misi  Sekolah
  

VISI SEKOLAH
( Disi oleh GKSM )









MISI SEKOLAH
( Diisi oleh GKSM )






1.4    Visi dan Misi  Unit Bimbingan Dan Kaunseling  


VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN EFEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN MURID DAN SEKOLAH.
 



MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

·         Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan
  berkesan.
·         Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang
tinggi dan berakhlak mulia.
·         Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.
·         Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.
·         Memberikan  pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
·         Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan
murid.

1.5    Falsafah  Pendidikan Kebangsaan



”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga ”.


1.6    Piagam Pelanggan   Sekolah 
              ( Diisi oleh GKSM )  
1.7    Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling

1.                   Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2.                   Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3.                   Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
4.                   Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
5.                   Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
6.                   Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7.                   Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8.                   Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
9.                   Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
10.                Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.


1.8 Bidang   Bimbingan Dan Kaunseling

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:

Bil
Bidang
Input
Kaedah
1.
Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling
1.
Akademik
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Konsultasi
2.
Kerjaya
3.
Psikososial
4.
Keluarga
5.
Peribadi
6.
Kes Disiplin
7.
Dadah
8.
HIV/ AIDS
9.
Krisis
2.
Pengurusan dan
Pentadbiran
1.
Maklumat Kerjaya
Sistem Fail
Paparan
Sebaran
Brosur / Pamplet
Poster
Buku
Buku Skrap 
Perkongsian
2.
Maklumat Pendidikan dan Latihan
3.
Maklumat Dadah
4.
Maklumat HIV/ Aids
5.
Maklumat Bahaya Rokok dan Kesihatan
6.
Rancangan Tahunan
7.
Kertas Kerja Program
8.
Buku Rekod Perkhidmatan
9.
Borang-borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
10.
Jadual Waktu Perkhidmatan
11.
Maklumat Murid
12.
Laporan Program
13.
Keceriaan Bilik Kaunseling
14.
Papan Kenyataan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
15.
Laporan dan Rekod Sesi
16.
Penilaian Program
17.
Rekod dan Laporan Kewangan
Bil
Bidang
Input
Kaedah
3.
Akademik
1.
Pemilihan mata pelajaran elektif
Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Bengkel
Seminar
Kem/Perkhemahan
Tayangan Video
Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS)
Taklimat
Kolokium
Tutor Sebaya
Mentor Mentee
 Lawatan
Ceramah
Pameran
Bank maklumat manual
Bank maklumat berkomputer
2.
Kemahiran Belajar
a.
Membaca

b.
Mencatat/ mengambil nota
c.
Pengurusan masa
d.
Pengurusan diri
e.
Mendengar
f.
Mengingat
g.
Mengulangkaji
h.
Menjawab  soalan peperiksaan
i.
Menghadapi peperiksaan
3.
Mengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

4.
Kerjaya
1.
Inventori Minat
Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Lawatan
Ceramah
Forum
Seminar
Tayangan video
Pertandingan-pertandingan
- Media Maklumat Kerjaya
- Buku Skrap Kerjaya
- Eksplorasi Alam Kerjaya
-               - Poster Kerjaya
- Sketsa Kerjaya
2.
Inventori Personaliti
3.
Inventori Nilai
4.
Pemilihan Mata Pelajaran Elektif
5.
Pengumpulan Maklumat Kerjaya
6.
Pendedahan kerjaya
Peluang latihan kerjaya
7.
Penyebaran Maklumat
5.
Psikososial & Kesejahteraan Mental
1.
2.
3.
Ujian Personaliti
Senarai semak masalah
Merujuk Kad Maklumat Diri (Jika perlu)
Bimbingan Kerjaya
merentasi Kurikulum
Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Forum
Kursus
Bengkel/Seminar
Kem Bina Insan/ Diri              
Kolokium
Lawatan
Tayangan video
Kaunseling Keluarga
PRS
Latihan Dalam Kumpulan
Aktiviti Simulasi Kumpulan
Perkhemahan Ibadah
Ceramah
4.
Kemahiran Komunikasi
5.
Kemahiran Asertif/Tegas diri
6.
Penyaringan maklumat
7.
Pengurusan Tekanan
8.
Kemahiran Rohani
9.
Kemahiran Membuat Keputusan
10.
Kemahiran Pengawalan Diri
11.
Kemahiran Aplikasi
12.
Kemahiran Sintesis

Bil
Bidang
Input
Kaedah


13.
Kemahiran Analisis Kritikal

14.
Pengekalan Penghargaan Kendiri/ Self Esteem
15.
Perkembangan Keremajaan
16.
Konsep Kendiri
17.
Pengendalian Kendiri
18.
Program Orientasi
6.
Keibubapaan
1.
Komunikasi
Ceramah
Seminar
Forum
Bengkel
Perkhemahan keluarga/
Hari Keluarga
Lawatan ke rumah
Khidmat Konsultasi
Kursus Kemahiran
Keibubapaan
Konferens
Buletin Keluarga
Pameran
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
2.
Perkembangan individu
3.
Isu-isu Kekeluargaan

3.1
Kepimpinan

3.2
Perkembangan remaja masa kini dan akan datang
3.3
Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.
7.
Pembangunan
Diri
1.
Kemahiran Komunikasi
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Latihan Dalam Kumpulan
Lawatan ke rumah
Ceramah
Bengkel
Praktikum PRS
2.
Kemahiran Penyelesaian Masalah
3.
Kepimpinan
4.
Kemahiran Tegas Diri
5.
Pembimbing Rakan Sebaya

(PRS)
6.
Kemahiran Sosial
7.
Kemahiran Memilih Keutamaan Tugas
8.
Pengurusan Diri
8.
Pendidikan Pencegahan Dadah / Rokok / Inhalan dan HIV/ AIDS
1.
Kemahiran Asertif
Ceramah
Seminar/Bengkel
Pertandingan Esei
Pertandingan Poster
Pertandingan Pidato
Pertandingan Boria
Pertandingan Nasyid
Kuiz
5 Minit Anti Dadah
Pameran
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
2.
Kemahiran Sosial
3.
Perkembangan Seksual
4.
Sikap Benci kepada dadah
5.
Kemahiran Menghindar
Jangkitan HIV/ AIDS
6.
Pendidikan Kekeluargaan










Tiada ulasan:

Catat Ulasan