Khamis, 4 November 2010


KERTAS CADANGAN PROGRAM
PEMULIHAN KHAS MURID MASALAH
PEMBELAJARAN & BUTA HURUF 2010
SK TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR

1.0
Pengenalan



Memandangkan peratusan murid lemah dan buta huruf semakin hari semakin meningkat, wujudnya rasa kebimbangan pihak sekolah. Tambahan pula SK Tualang Sekah adalah merupakan sekolah yang di kategorikan sebagai Sekolah Harapan Negara, kewujudan peratusan tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada peratusan kecemerlangan akademik sekolah ini. Justeru itu, cetusan ini member dorongan yang kuat kepada pihak pengurusan sekolah untuk mewujudkan satu program bagi mengatasi pemasalahan ini.

Pihak sekolah amat berharap tatacara/prosedur pelaksanaan program ini dapat memberi ruang  kepada murid-murid bermasalah pembelajaran dan buta huruf untuk berusaha dan menggunakan peluang ini untuk meningkat kemahiran membaca.


2.0
Matlamat







21
Jangka Panjang


Hubungan mesra berterusan akan dapat membantu mentee lebih berjaya untuk mencapai impian dan cita-cita mereka di masa hadapan.





2.2    Jangka Pendek


Membangkitkan kesedaran bahawa setiap ahli keluarga sayangkan mereka dan membantu diri untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca di dalam pembelajaran.


3.0

Rasional


3.1   
Program ini dapat mewujudkan hubungan yang lebih mantap antara mentor dan
mentee dalam memahami dan membantu meningkatkan pencapaian akademik murid yang mengalami masalah pembelajaran dan buta huruf.



3.2   
Murid akan merasakan diberi perhatian dan kawalan oleh mentor bagi menjaga tingkah laku serta aktiviti pembelajaran mereka.



3.3
Mentor akan sentiasa memberi peluang dan teguran  mengenai masalah supaya dapat meningkatkan motivasi diri mentee.


3.4
Mentor juga dianggap sebagai bapa atau ibu angkat yang dapat memberikan kasih sayang untuk melihat anak didiknya berjaya menguasai 3M.




4.0
Objektif


Adalah diharapkan program ini dapat :



4.1
Seramai 42 orang murid di bawah Projek Mentor Mentee dapat menguasai kemahiran membaca.


4.2
Murid akan lebih yakin menghadapi proses pembelajaran di dalam darjah.


4.3
Membantu sekolah mengurangkan peratus kes murid bermasalah dalam pembelajaran dan buta huruf.





5.0
Kumpulan Sasaran






Murid-murid dari kelas pemulihan khas 42 orang






5.1
Kategori Murid

Bil
Masalah
Bil. Murid
5.1.1
Buta huruf
7 orang
5.1.2
Kenal huruf tapi tidak boleh membaca
31 0rang
5.1.3
Tidak lancar membaca
4 orang


5.2
Bilangan Murid Mengikut Darjah

Tahun
Bil. Mengikut kategori
Jumlah
Buta
huruf
Kenal/tidak boleh membaca
Kurang lancar
2W
1
4
-
5
2S
1
8
-
9
2T
-
6
-
6
3W
1
2
3
6
3S
1
-
-
1
3T
-
1
-
1
4T
2
3
-
5
5T
-
1
1
2
6T
2
5
-
7





6.0
Pemasalahan Yang Dikenal Pasti





6.1  Analisis Masalah Diri Murid


6.1.1
Kurang minat terhadap pelajaran


6.1.2
Malas belajar


6.1.3
Tidak faham pengajaran guru


6.1.4
Tahap penumpuan lemah


6.1.5
Tidak bermaya/kurang cergas


6.1.6
Kurang dorongan dan perhatian ibu bapa


6.1.7
Pasif


6.1.8
Cacat



6.2  Analisis MasalahKeluarga


6.2.1
Tahap pendidikan keluarga rendah


6.2.2
Tahap sosioekonomi yang rendah


6.2.3
Tidak mengambil berat persekolahan dan pendidikan anak


6.2.4
Masalah rumahtangga-penceraian

7.0
JJawatankuasa Pengelola

7.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi
: En. Amir Abdul Rahman b. Mior Hamzah

  ( Guru Besar Sk Tualang Sekah )
N. Pengerusi
: En. Meor Zui Hassan b. Meor Harun
  ( PK Pentadbiran SK Tualang Sekah)
: En Ali Othman b Dayon
Penyelaras
: En. Mohd Nazri Bin Rozali

7.2 Jawatankuasa Kecil

Semua guru Bahasa Melayu





9.0
Anjuran/kerjasama



9.1    Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK
         Tualang Sekah,
9.2    Panitia Bahasa Melayu
9.3    Unit Pemulihan Khas Sekolah




10.
Pelaksanaan Program



10.1    Tarikh/
           Tempoh
:  1 April – 30 Ogos 2010/     :  5 Bulan
   


10.2    Peruntukan Masa
:  2 jam seminggu



10.3    Aktiviti Program




Bulan
Aktiviti Murid
Aktiviti Ibu Bapa
April - Ogos
-Pengenalan diri/latarbelakang
-Mengenalpasti masalah/kekangan
-Ceramah Kesedaran Diri
-Ceramah Matlamat Program
-Latihan kemahiran membaca
-Ujian Bulanan
-Penyemakan buku latihan/rampaian
-Latihan tambahan/drilling
-Penyediaan buku tambahan
-Membuat rujukan kepada penjaga
-Membuat makluman kepada penjaga
-Pemupukan sikap dan keyakinan
-Pengukuhan diri-kebimbangan/cemas
-Pemantauan pencapaian
-Bahan bantu mengajar
-Perjumpaan Ibu bapa
-Ceramah ibu bapa cemerlang
-Sokongan dan dorongan
 di rumah
-Menyemak pencapaian murid
-Membantu murid membaca di rumah






11.
Tatacara Perlaksanaan


Semua mentor yang terlibat perlu meneliti dan memahami panduan ini agar tidak melanggar etika pengurusan mentee.


11.1  Menerima Mentee secara ikhlas/jujur/keterbukaan/tanpa syarat dan untuk tujuan
          membantu
11.2  Berkomunikasi dengan berkesan melalui penggunaan bahasa yang mudah/sopan dan
          tepat maksud/makna.
11.3  Memberi galakan dan rangsangan kepada penguasaan kemahiran membaca serta
          sahsiah.


11.4  Memberi pengukuhan kendiri/motivasi diri
11.5   Mengajar, memerhati dan membuat penilaian terhadap pencapaian murid.
11.5   Mengajar secara bersemuka dalam jangka masa tertentu yang bersesuaian
11.6   Mendapat maklumat latarbelakang mentee sebagai asas panduan memperbaiki
           kekurangan/kelemahan mentee.
11.7   Memberi latihan membaca secara intensif, latih tubi.
11.8   Memastikan mentee menyiapkan latihan yang diberikan.
11.9   Membuat semakan/pemantauan buku rampaian/latihan mentee.
11.10 Memberi insentif/penghargaan berbentuk ucapan/barangan/kewangan mengikut
           keupayaan/kemampuan mentor.Tiada paksaan.
11.11 Memantau kesihatan/kehadiran mentee ke sekolah.
11.12 memantau kebajikan mentee dan cuba membantu pada kadar yang mampu.


12.
Penutup


         SK Tualang Sekah, Malim Nawar amat menitikberatkan Kecemerlangan di kalangan anak didiknya terutama bagi murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan buta huruf. Peratusan murid lemah dalam pembelajaran dan buta huruf semakin meningkat, Justeru perlaksanaan program mentor mentee amatlah diharapkan dapat membantu ke arah pencapaian mereka dalam penguasaan 3M khususnya kemahiran Membaca. Di samping dapat mengurangkan peratus sekolah dalam kes tersebut.
         Program ini tidak akan dapat dijalankan sekiranya tiada komitmen dan pengorbanan dari pelbagai pihak. Oleh itu, program ini amat memerlukan komitmen dan kesungguhan bagi memastikan hasrat pihak sekolah dan harapan ibu bapa dapat dilaksanakan dengan jayanya.





Disediakan                Disemak dan disahkan oleh                                               









                  MOHD NAZRI ROZALI



































Tiada ulasan:

Catat Ulasan