Selasa, 9 November 2010


PROGRAM SMART
Sistem Mengulangkaji Akademik Rendah Terancang
Tahun 6


1.0
PENDAHULUAN



2.0
LATARBELAKANG PROGRAM


1.1


1.2.

1.3 


1.4 




1.5  

Semua sekolah mengadakan berbagai program untuk menyediakan murid mereka menghadapi peperiksaan khususnya peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM.
Berbagai seminar, perkhemahan dan kursus dikendalikan dalam program tersebut
Ulangkaji adalah salah satu program yang dikendalikan oleh sekolah-sekolah menjelang 2 atau 3 bulan sebelum para pelajar menghadapi peperiksaan.
Sistem ulangkaji yang betul dan terancang amatlah perlu dalam memastikan proses tersebut memberi manfaat maksimum Tualang Sekah, sebuah sekolah luar bandar yang diberi taraf Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar telah merancang satu program yang
dinamakan Sistem Mengulangkaji
Sistem Mengulangkaji Akademik Rendah Terancang atau ringkasnya SMART khusus bagi tujuan tersebut.

3.0
MATLAMAT


Menyediakan murid satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik, terancang dan efisyen ke arah mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

4.0
RASIONAL


2.1

2.2

2.3
2.4

2.5

Suatu sistem yang terancang mesti disediakan agar proses ulangkaji mantap dan berkesan.
Murid mesti disediakan bukan sahaja dari segi mental malah dari segi fizikal dan psikologikal.
Guru-guru mesti mempunyai kompetensi yang mencukupi.
Guru-guru mesti bersedia dari segi mental dan psikologi untuk membimbing murid.
Ibu bapa sewajarnya menyedari proses pembelajaran
yang dialami anak-anak

5.0
OBJEKTIF


4.1

4.2
4.3

4.4

Memastikan murid-murid bersedia dari segi mental, fizikal dan psikologi sebelum peperiksaan.
Memastikan Guru-guru bersedia dari segi pedagogi dan psikologi. Menyediakan logistik yang secukupnya agar proses ulangkaji berjalan sebaik mungkin bagi menjalankan program.
Mengembeling kerjasama Ibu bapa dan PIBG dalam menjayakan pendidikan anak-anak.


6.0
PRINSIP PERLAKSANAAN

6.1
KESEDIAAN SEKOLAH


6.1.1       Memastikan Program ini adalah untuk murid Tahun 6 sahaja.
6.1.2       Memastikan Guru yang terlibat adalah guru berkelayakan (Option), berpotensi, berpengalaman dan berkemampuan serta mempunyai komitmen yang tinggi.
6.1.3       Memastikan Guru yang terlibat ( Tahun 6 ) hendaklah diberi keutamaan (Fokus) mengajar Tahun 6 sahaja.
6.1.4       Memastikan Guru yang terlibat hendaklah bebas daripada sebarang aktiviti yang melibatkan semua murid.
6.1.5       Memastikan Guru yang terlibat hendaklah dikurangkan menyandang jawatan-jawatan yang berat
6.1.6       Memastikan perlaksanaan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan.
6.1.7       Memastikan penglibatan bersama PIBG dan ibubapa murid serta agensi luar dalam program-program yang dianjurkan.
6.1.8       Memastikan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan selaras dengan kehendak Program SMART.

6.2
KESEDIAAN GURU


6.2.1       Semua guru yang terlibat hendaklah memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan.
6.2.2       Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan hendaklah selari dengan kehendak program.
6.2.3       Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid serta meningkatkan keyakinan diri terutamanya persediaan diri menghadapi peperiksaan.
6.2.4       Program SMART hendaklah menjurus ke arah kecemerlangan UPSR.

6.3
KESEDIAAN MURID


6.3.1       Murid Tahun 6 haruslah diberi kebebasan terlibat dalam aktiviti atau program yang boleh merangsang pemikiran, pengetahuan, dan kemahiran serta meningkatkan keyakinan diri.
6.3.2       Murid Tahun 6 haruslah diberi penerangan yang jelas tentang Program SMART.



6.4

KESEDIAAN IBUBAPA


6.4.1  Ibu bapa haruslah mengetahui dan memahami dengan jelas
          tentang program smart.
6.4.2  Penglibatan secara menyeluruh ibu bapa  dalam setiap
          program dan aktiviti yang dijalankan.
6.4.3  Kesediaan ibu bapa menerima dan memberi pandangan dalam
          membantu penambahbaikan.






7.0
PROSEDUR PERLAKSANAAN PROGRAM SMART

7.1
Pembinaan Kertas cadangan Program


7.2
Pembentangan Kertas Cadangan Program


7.3
Pembentukan Jawatan Kuasa Program


7.4
Perlaksanaan Program


7.5
Pemantauan/Penilaian Program (Post Mortem)


7.6
Cadangan Pemulihan


7.7
Tindakan susulan

8.0
KERANGKA PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM SMART

8.1
Takwim Program dan aktiviti


8.2
Penyediaan kertas soalan


8.3
Penyediaan Kos Perbelanjaan


8.4
Pentadbiran Ujian


8.5
Penganalisaan Ujian


8.6
Target /TOV


8.7
Pengukuhan








JENIS FASA
OBJEKTIF
TEMPOH
PENGISIAN
 PENTADBIRAN UJIAN
ANALISA UJIAN
/CATATAN
PRA PEMILIHAN
Untuk Pemilihan murid berdasarkan kepada ujian PKSR2 tahun 5
- murid dipilih megikut pencapaian

Akhir tahun
-

Jawatankuasa pemilihan
Semua guru tahun 6
Terlibat dalam pemilihan

Fasa 1

PRA PENGAJARAN
Menguasai kemahiran asas dalam subjek.


Bulan 1-3
Pengajaran meliputi sukatan pelajaran


-Ujian topical secara mingguan
-Ujian Smart
Pada setiap hujung bulan
-ujian dilaksanakan secara individu

-target/tov
-perbandingan pencapaian
-mesyuarat pengesanan
-tindakan susulan

-catat keputusan dalam buku rekod smart.
- serah kepada gb utk semakan/tt

Fasa 2

PECUTAN AWAL

Mengukuhkan kemahiran dalam subjek.
-penumpuan kepada murid lemah
Bulan 4-6


Pembelajaran Kolaborasi
Koperatif
-Ujian topical secara mingguan
-Ujian Smart
Pada setiap hujung bulan
- ujian dilaksanakan secara berkumpulan




-target/tov
-perbandingan pencapaian
-mesyuarat pengesanan
-tindakan susulan
- murid lemah dan cemerlang dalam satu kumpulan
-catat keputusan dalam buku rekod smart.
- serah kepada gb utk semakan/tt

JENIS FASA
OBJEKTIF
TEMPOH
PENGISIAN
PENTADBIRAN UJIAN
ANALISA UJIAN
/CATATAN
Fasa 3

PECUTAN AKHIR

Meningkatkan prestasi pencapaian murid  dalam subjek lemah.
-Penumpuan kepada masalah yang belum dikuasai.


Selepas PKSR

Bulan 7-9

Latih tubi soalan sebenar UPSR



-ujian Smart secara mingguan


-target/tov
-perbandingan pencapaian
-mesyuarat pengesanan
-tindakan susulan
- Pembelajaran secara bergerak
- Murid berada dalam kumpulan mengikut pencapaian dalam subjek
- pemecahan kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah







Tiada ulasan:

Catat Ulasan