Selasa, 9 November 2010







SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.
NO.TEL/FAKS  :  05-4775145

04
‘1 Malaysia: Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan’

KERTAS CADANGAN PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH
GURU & MURID KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SERI ISKANDAR PERAK

01
Pengenalan




Program Lawatan Muhibbah merupakan satu program yang julung kalinya dianjurkan yang bertujuan membina perhubungan yang rapat antara pihak sekolah dan pusat pengajian tinggi.  Program ini bukan sahaja mengeratkan perhubungan dua hala malah memupuk persefahaman dan kerjasama di pelbagai bidang khususnya di bidang pendidikan. Perlaksanaan program lawatan ini, natijahnya  sedikit sebanyak akan dapat membantu guru memperolehi sumber maklumat yang berguna dalam melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Bagi murid, selain menambahkan pengetahuan dan kemahiran, program ini juga akan dapat merangsang motivasi diri ke arah meningkatkan daya usaha untuk mengejar kecemerlangan.  Justeru adalah diharapkan program lawatan ini akan dapat memberi satu pengalaman baru kepada guru-guru dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk terus belajar. 




02
Matlamat


Ke arah membina satu perhubungan , persefahaman  dan kerjasama yang jitu di antara pihak sekolah dan pusat pengajian tinggi di dalam mewartakan pendidikan rendah yang lebih cemerlang.




03
Objektif


3.1
Memupuk semangat setiakawan di antara sekolah dan pusat pengajian tinggi.


3.2
Meningkatkan dan merangsang motivasi diri di kalangan guru dan murid.


3.3
Menyemai semangat berdaya saing di kalangan murid dalam usaha mencapai kecemerlangan ilmu.


3.4
Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman di pelbagai bidang.





04
Pengelola Lawatan


4.1
Pengerusi                   : En. Amir Abdul Rahman b. Mior Hamzah
                                       ( Guru Besar)

4.2
S.U/Penyelaras          : En. Mohd Nazri  b. Rozali  ( G.Bimbingan Kaunseling)
Program

4.4
Bendahari                  : Pn. Ruziah bt Ramli ( Guru Media)

4.5
Penyelaras Aktiviti   : Pn. Zamilah bt. Saidi  ( Guru Cemerlang)

4.6
AJK  Kerja                   : Semua guru



05
Pelaksanaan Program Lawatan

5.1         Tarikh
:  Jangkaan Bulan Mac 2010

5.2         Tempat
:  Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar (UiTM)

5.3         Masa
:  8.00 am – 1.00pm

5.4         Kemudahan
              Pengangkutan
:  2 buah Bas UiTM untuk murid


06
Sasaran


6.1         78 orang murid Tahun 6
6.2         40 orang guru




07
Pengisian Program


7.1
Ceramah/bengkel motivasi untuk murid

7.2
Ceramah/taklimat tentang Lanskap (Keceriaan Kawasan) untuk guru

7.3
Lawatan ke Pusat Sumber Universiti

7.4
Lain-lain aktiviti yang ditawarkan pihak universiti



10
Jadual Program


7.30am
: murid berkumpul

8.00am
: Bertolak ke UiTM

1.00pm
: Bertolak pulang

11

Penutup


Adalah diharapkan program ini dapat memberi peluang kepada guru dan murid dalam menimba pengetahuan dan pengalaman yang luas seterusnya meningkatkan motivasi diri ke arah kecemerlangan khususnya dibidang pendidikan. Semoga dengan perancangan yang teliti dan sokongan serta kerjasama daripada pelbagai pihak program ini akan mendatangkan manafaat kepada semua.









            Disediakan oleh :                                                                        Disemak dan disahkan oleh :





LAPORAN
LAWATAN KECEMERLANGAN MUHIBBAH KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2010
SK TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR


          Program Lawatan Kecemerlangan Muhibbah ke Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar, Perak telah diadakan pada 15 Mac 2010 . Lawatan ini melibatkan 40 orang guru dan 78 orang murid Tahun 6. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat, UiTM.

          Program Lawatan Muhibbah merupakan satu program yang julung kalinya dianjurkan yang bertujuan membina perhubungan yang rapat antara pihak sekolah dan pusat pengajian tinggi.  Program ini bukan sahaja mengeratkan perhubungan dua hala malah memupuk persefahaman dan kerjasama di pelbagai bidang khususnya di bidang pendidikan. Perlaksanaan program lawatan ini, natijahnya  sedikit sebanyak akan dapat membantu guru memperolehi sumber maklumat yang berguna dalam melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Bagi murid, selain menambahkan pengetahuan dan kemahiran, program ini juga  dapat merangsang motivasi diri ke arah meningkatkan daya usaha untuk mengejar kecemerlangan.  Justeru program lawatan ini  dapat memberi satu pengalaman baru kepada guru-guru dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk terus belajar.      
     
Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menjayakan program tersebut. Program lawatan ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu sesi untuk guru dan sesi murid. Bagi meningkatkan dan menambahkan kemahiran, pengetahuan serta pengalaman guru di pelbagai bidang beberapa aktiviti dan modul kemahiran telah disajikan oleh pihak UiTM seperti  sesi perkenalan ( ice breaking), ceramah Pembangunan Imej dan Personaliti, Bengkel Kaedah Landscaping dan lawatan Tapak Lanskap. Manakala sesi murid pula beberapa aktiviti yang meningkatkan kemahiran berfikir dan merangsang motivasi telah dijalankan seperti sesi perkenalan ( ice breaking), lawatan ke perpustakaan, ceramah motivasi, aktiviti kumpulan( info hunt), kuiz dan Majlis Beramah Mesra Bersama Alumni.


Program lawatan sehari ini bermula pada 8.00 pagi dengan Majlis Perasmian disantuni oleh  Pengarah Kampus, Yang Berbahagia  Profesor Dr. Abdullah Ahmad Said dan diakhiri dengan Majlis Penutupan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Profesor Madya Tn Mohd Fisal b Ishak , jam 4.50 petang. Antara tetamu yang dijemput hadir dan terlibat secara langsung pada program ini adalah Tn Hj Abdul Ghani Ahmad( Timbalan Ketua Pustakawan), Ketua Koordinator Program ( En Md Lehan b Pariman) para pensyarah Fakulti dan  pelajar Tahun Akhir Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat, para penceramah jemputan, En. Amir Abdul Rahman Mior Hamzah ( Guru Besar, SK Tualang Sekah), guru-guru dan murid-murid.
          .
          Majlis tersebut di akhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada para peserta yang menyertai program tersebut.

Disediakan oleh :                                           Disahkan oleh

…………………………..                             ………………………….          Tarikh :  23 Mac 2010                             




Lampiran A
LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI
INTEGRITI/KEUTUHAN PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2010

Nama sekolah
: SK Tualang Sekah 31700 Malim Nawar


Nama Program
: Lawatan Kecemerlangan Muhibbah Ke Universiti Teknologi Mara

  (UiTM) Kampus Sri Iskandar, Bota , Perak


Anjuran
: Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah dengan kerjasama
  Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat (UiTM)


Tarikh Perlaksanaan
:  15 Mac 2010 ( Isnin)


Kumpulan Sasaran
:  40 orang Guru dan 76 orang Murid Tahun 6


Matlamat
Ke arah membina satu perhubungan , persefahaman  dan
   kerjasama yang jitu di antara pihak sekolah dan pusat pengajian
   tinggi di dalam mewartakan pendidikan rendah yang lebih cemerlang


Objektif Program
1.Memupuk semangat setiakawan di antara sekolah dan pusat pengajian
    tinggi.

2.Meningkatkan dan merangsang motivasi diri di kalangan guru dan
    murid.

3.Menyemai semangat berdaya saing di kalangan murid dalam usaha
    Mencapai kecemerlangan ilmu.

4.Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman di pelbagai bidang.


Strategi Program
1. Aktiviti Untuk Guru

a.        Sesi suai kenal dan beramah mesra
b.       Ceramah Pembangunan Imej dan Personaliti
c.        Ceramah Kemahiran Insaniah
d.       Ceramah /Bengkel Kaedah Landscaping
e.       Lawatan tapak Lanskap





: 2. Aktiviti Untuk Murid

a.        Sesi suai kenal ( ice breaking)
b.       Lawatan ke Perpustakaan UiTM
c.        Ceramah Motivasi Kecemerlangan Peperiksaan
d.       Aktiviti kumpulan- info-Hunt, Critical Thinking,Surat Berantai
e.       Majlis Beramah Mesra dengan Alumni


Perlaksanaan Program
:
Masa
Atur Cara Program
7.00pg
Semua guru dan murid berkumpul di dataran sekolah
7.15pg
Bertolak  ke UiTM- murid dan guru menaiki bas UiTM
8.00pg
Sarapan pagi
8.45pg
Perasmian Program
-nyanyian Lagu Negaraku
-Nyanyian Lagu sekolah
-Ucapan alu-aluan oleh Ketua Koordinator FPTP
-Perasmian oleh Y.Bhg Profesor Dr. Abdullah Ahmad
  Said,PMP, Pengarah Kampus UiTM, Perak
4.30ptg
Perasmian Penutup
-ucapan perasmian oleh Y.Bhg Profesor Madya Tn Mohd Fisal b Ishak , Tim. Pengarah Akademik, Kampus UiTM.
-Penyampaian cenderahati
-acara bergambar
5.00ptg
Kudapan/bersurai



Tentatif Program Guru
10.00pg
Modul 1 ( ice Breaking) Salam Perkenalan dan beramah mesra bersama Pengarah Kampus dan Pensyarah
10.30pg
Modul 2 Ceramah Pembangunan Imej dan Personaliti
11.30pg
Modul 3 Ceramah Kemahiran Insaniah
1.00 ptg
Makan tengah hari/solat
2.30ptg
Modul 4 Bengkel – Kaedah ‘Landscaping’ dan Lawatan Tapak Lanskap
4.30ptg
Perasmian Penutup



Tentatif Program Murid
10.00pg
Modul 1 ( ice Breaking) Salam Perkenalan dan beramah mesra dengan Pengarah Kampus dan Pensyarah
10.30pg
Modul 2 -Taklimat oleh Pegawai Perpustakaan
                - ‘Library Tour’
11.30pg
Modul 3 Ceramah Motivasi Kecemerlangan Peperiksaan
1.00 ptg
Makan tengah hari/solat
2.30ptg
Modul 4 Info –Hunt ( indoor games)
3.30ptg
Modul 5 Majlis beramah mesra bersama Alumni
4.30ptg
Perasmian Penutup


Impak
a.        Murid memberi tumpuan dan berminat terhadap aktiviti yang dijalankan.
b.       Murid melibatkan diri secara aktif dan bersemangat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
c.        Guru memberi kerjasama dan sokongan yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
d.       Guru berminat untuk meneruskan hubungan dan mengadakan lebih banyak perbincangan berkaitan pendidikan di masa akan datang.

Kesimpulan

: Secara keseluruhannya Program Lawatan Kecemerlangan Muhibbah  2010 ke UiTM telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru dan murid. Segala aktiviti yang dirancangkan telah  memberikan input yang berguna
kepada semua yang terlibat. Oleh yang demikian, program seperti ini akan dijadikan sebagai acara tahunan sekolah ini.

Disediakan oleh ;                                                                                 Tarikh :  23 Mac 2010

………………………………………………………



Disahkan oleh :

……………………………………………………………























1 ulasan: