Yg. Bhg. Dato’ Hj. Jamry bin Hj. Suri , DPMP., PMP., AMP
Pengarah,
Jabatan Agama Islam Negeri Perak,
Perak Darul Ridzuan.
Yg. Bhg. Dato’
JEMPUTAN MERASMIKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KEM PEMBANGUNAN SAHSAH REMAJA 2008
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dengan sukacitanya bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan ingin menjemput Yg. Bhg. Dato’ untuk merasmikan Majlis Penutupan Kem Pembangunan Sahsiah Remaja 2008, pada ketentuan berikut :
| Tarikh | : 15 Jun 2008 (Ahad) |
| Masa | : 2.00 petang |
| Tempat | : Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan |
| | d/a SK Kuala Dipang, Jeram. |
| Anjuran | : Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan & SK Tualang Sekah |
| Kerjasama | : Jabatan Agama Islam Perak : JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Gopeng-Kampar |
| Tema Program | : ‘Pembangunan Sahsiah Pemangkin Kecemerlangan Akademik’ |
Untuk Pengetahuan Yg. Bhg. Dato’ program ini akan dijalankan pada tarikh 13, 14 & 15 Jun 2008 ( 3 hari 2 malam) di Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan dan bertujuan memberi pendedahan, memupuk kesedaran dan menanam kekuatan jati diri remaja dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek di dalam menghadapi cabaran masa depan.
Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan amat berbesar hati, sekiranya Yg. Bhg. Dato’ dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri pada majlis tersebut.
Kerjasama Yg. Bhg. Dato’ untuk menjayakan program ini amatlah dihargai.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan