Jumaat, 5 November 2010


Guru Besar,
(seperti di lampiran)


Tuan/Puan,

KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH REMAJA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN, 2008

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan,  PPD Kinta Selatan dengan kerjasama  Unit Bimbingan & Kaunseling SK Tualang Sekah akan mengadakan kem tersebut pada mengikut ketentuan berikut :

2.1
Tarikh
: 13, 14 dan 15 Jun 2008
2.2
Tempat
: Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Selatan


  d/a SK Kuala Dipang, Jeram.
2.3
Masa Pendaftaran
: 3.00 petang – pada 13 Jun 2008
  di Pusat Kokurikulum.

3.         Sehubungan dengan itu, tuan dikehendaki menghantar 2 orang murid Tahun 6 (murid cemerlang UPSR) pada tarikh , masa dan tempat yang telah ditetapkan. Tuan juga dikehendaki mengambil semula murid tersebut di tempat yang sama pada 15 Jun 2007 pada jam 2.00 petang.

4.         Bersama – sama ini, disertakan  Syarat Penyertaan Kem dan Senarai Keperluan Murid . Keterangan lanjut sila hubungi En. Mohd Nazri b. Rozali (012 5075375 atau faks sek. 05 4775145).


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,






s.k :   i.  Guru Besar SK Tualang Sekah
         ii.  Fail Timbul

         
Lampiran


SENARAI NAMA SEKOLAH YANG TERPILIH MENYERTAI
KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH REMAJA 2008
DAERAH KINTA SELATAN

Bil
Nama Sekolah
1.
SK Kuala Dipang, Jeram
2.
SK Malim Nawar, Malim Nawar
3.
SK Kampar, Kampar
4.
SK Sentosa, Kampar,
5.
SK Gunung Panjang, Gopeng.
6.
SK Gopeng, Taman Gopeng Baru
7.
SK Gopeng Jalan Ilmu
8.
SK Methodist Malim Nawar
9.
SK ACS Kampar
10.
SK Changkat Tualang


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN KEM

Maklumat  yang tersenarai di bawah hendaklah dihantar kepada Urusetia Program SK Tualang Sekah, Malim Nawar selewat-lewatnya 23 Mei 2008.
           
1.         Surat Kebenaran Ibu Bapa Murid
2.         Yuran Pendaftran RM 60 
                         i. Pembayaran tunai bolehlah dibuat pada hari pendaftaran
                        ii. Pembayaran  melalui Cek bolehlah dibuat atas nama :
                                     Guru Besar,
                                     Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar

3.         Maklumat Penuh Murid

i.                    Nama Penuh Murid :
ii.                  Alamat rumah :
iii.                Orang Yang Boleh dihubungi Ketika Kecemasan / No telefon rumah @ Telefon Bimbit.
iv.                Saiz baju





KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH REMAJA 2008
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN, PERAK

BARANG-BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA


  1. Keperluan Peribadi

1.1       Pakaian Harian            - Cukup untuk 3 hari ( pakaian sopan dan kemas)
1.2       Pakaian Sukan             - Kasut sukan
                                                - Track bottom
                                                - T-Shirt
1.3       Pakaian Ibadah          
1.4       Kemasan diri               - sikat
                                                - sabun
                                                - berus gigi & ubat gigi
                                                -Minyak rambut
                                                - Bedak
                                                - Tuala
                                                - selimut
                                                - kasut selipar untuk mandi
     2.    Peralatan Tambahan
           
2.1              Lampu sulu
2.2              Wisel (model plastic memadai)
2.3              Ubat-ubatan peribadi, jika ada
2.4              Alat tulis- buku nota, pen/pensil



ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KEM PEMBANGUNAN SAHSIAH REMAJA 2008
DAERAH KINTA SELATAN

Tarikh
: 15 Jun  2008 ( Ahad )
Masa
: 2.00 petang.
Tempat
: SK Tualang Sekah, Malim Nawar
Perasmi
: Pegawai Pelajaran Daerah
  Pejabat Daerah Kinta Selatan
VIP
: JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Gopeng - Kampar
: Yg. Di Pertua PIBG
: Guru-guru Besar Sekolah yang terlibat.
: JKKK Tualang Sekah
Jemputan
: Ibu bapa murid yang terlibat
: Guru-guru pengiring

Aturcara Majlis

2.00 ptg
- Murid / para tetamu berkumpul di kantin sekolah.

- Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

- Ucapan oleh Guru Besar SKTS

- Ucapan Perasmian Penutup oleh :
  Tn. Pegawai Pelajaran Daerah
   Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan

- Penyampaian Sijil dan cenderahati kepada para
   peserta.

-  Bersurai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan