Jumaat, 5 November 2010



SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145


KERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN MURID  (SIRI 1 ) 2010

TEMA :
“KEPIMPINAN MELALUI TELADAN”

1.0
Pengenalan




        Pemimpin sekolah yang terdiri daripada murid-murid dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Disipilin Sekolah untuk membantu guru mengawal dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan peraturan-peraturan sekolah. Pemimpin muda ini akan menjadi role model kepada murid-murid lain di sekolah. Oleh itu perlulah diterapkan nilai-nilai murni dan sikap bertanggungjawab di dalam diri mereka.

        Selain program ini, InsyaALLAH U/BK dan Unit Disiplin & Pengawas akan merangka dan menyusun program susulan serta beberapa program lain untuk melihat perkembangan dan sebagai pengukuhan terhadap pelaksanaan tugasan pemimpin-pemimpin di sekolah.

 



2.0
Matlamat





        Ke arah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kualiti diri, ketrampilan, kemahiran , semangat juang dan keyakinan diri untuk menjadi seorang pemimpin muda yang berdisiplin, beramanah dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.




3.0
Rasional




        Kursus kepimpinan ini dianjurkan bertujuan menerapkan nilai-nilai kepimpinan yang berkesan dalam menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin di sekolah. Bersesuaian dengan cabaran pada alaf baru ini, pemimpin-pemimpin muda sekolah perlu ditanam dengan kekuatan mental dan spiritual bagi menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka.



4.0


Objektif



Pada akhir kursus ini para peserta dapat :



4.1
Mengetahui tugas dan peranan sebagai seorang pemimpin yang baik.


4.2
Mengetahui dan mendalami peraturan-peraturan sekolah.


4.3
Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan lebih berkesan.


4.4
Mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

5.0
Sasaran Program



Kumpulan sasaran utama kursus ini :
  1. Pengawas  - 52 orang
  2. Ketua darjah & Penolong -18 orang

6.0
Anjuran



Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Tualang Sekah
Unit Disiplin & Pengawas Sekolah.
Pusat Sumber Sekolah




7.0
Pelaksanaan



Tarikh
:  17 Januari 2009



Hari
:  Sabtu



Jam
:  9.00 pagi – 12.00 tghari






Tempat
:  Dewan Besar SKTS





8.0
Sumber Kewangan



8.1
Sumbangan Peruntukan SKM
(SAHSIAH & MOTIVASI)

=RM  478.00

 Jumlah

  RM  398.00



9.0
Anggaran Perbelanjaan



9.1
Makanan & minuman peserta
RM6  x  org
  RM  348.00
9.2
Bahan Cetakan

  RM    50.00

Jumlah

  RM  478.00



*Perincian  Menu Jamuan Makan Dan Minum Peserta

Masa
Menu
Bil/Harga
Jumlah RM

10.30 am

Tea & Kuih

RM 2 x 58 orang

RM 116.00

12.15 am

Nasi, ayam goreng, sayur & air mineral

RM 4 x 58 orang

RM  232.00

Jumlah

RM  348.00


10.

Jawatankuasa Pengelola



Jawatankuasa Induk Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2008

Penaung
: Pejabat Pendidikan Daerah Kinta.
Penasihat
: En. Amir Abdul Rahman b. Mior Hamzah

  (Guru Besar SK. Tualang Sekah)
Pengerusi
: Pn. Karti bt ratidin

  ( P. Kanan HEM )
N. Pengerusi
: En. Meor Zul Hassan b. Meor harun

  ( P. Kanan Pentadbiran0

: En. Adnan b. Puteh

  (P.Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
: En. Mohd Nazri Bin Rozali


Penyelaras Program
: En. Ishak bin Ismail


Bendahari         
: En. Muhamad Zamani b. Ahmad Shahpin

Jawatankuasa Kerja

Keselamatan dan Kecemasan
: En. Ishak Bin Ismail
 

 
Peng. majlis/Siaraya
: En. Hishamuddin Bin Ibrahim

 

Pendaftaran/Urusetia
: Pn. Zamilah bt. Saidi
Urusan Peralatan dan bahan
: En. Mohd Nazri b Rozali
: En. Ishak Bin Ismail



Jurufoto
: En. Aminuddin Bin Ayub

Urusan Jamuan
: Cik Shafiatul Khabtiah bt Mohd Saffian



 
Urusan Cenderamata
: En. Mohd Sam b. Itam











11.0
Jadual Kursus



Tarikh
    Masa
   Aktiviti

17 Jan. 2009

8.45 pagi

-Pendaftaran murid.

9.00 pagi
-Ceramah kepimpinan

10.30 pagi
-Kudapan/minum pagi

11.00 pagi
-Bengkel

12.15 tghari
-makan tgahari/bersurai




12.0
Menu Makanan



12.1  Minum pagi           – Tea & Beehun Goreng


12.2  Makan tengahari  - Nasi ayam & air mineral









13.0


Penutup




       Diharapkan selepas mengikuti kursus ini, pemimpin-pemimpin yang dilantik untuk menjalankan tugas di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar akan lebih bersedia menjalankan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka. Semoga apa yang diusahakan ini akan membuahkan hasil yang membanggakan semua pihak.













Disediakan oleh :                           Disahkan dan diluluskan oleh


………………………………               …………………………………
(MOHD NAZRI BIN ROZALI )          (EN. AMIR ABDUL RAHMAN B MIOR HAMZAH)
Guru Bimbingan Sekolah                              Guru Besar,
SK Tualang Sekah,                                          SK Tualang Sekah,
31700 Malim Nawar, Perak.                           31700 Malim Nawar, Perak.

                                 JADUAL KURSUS KEPIMPINAN  SEKOLAH 2008
                                    SK TUALANG SEKAH, MALIM NAWAR

Tarikh
Masa
Aktiviti

17 Jan. 2009

8.45 pagi

-Pendaftaran murid.

9.00 pagi
-Ceramah kepimpinan( Guru Bimbingan Sekolah)

10.30 pagi
-Kudapan/minum pagi

11.00 pagi
-Ceramah kepimpinan
-Mengisi Borang Soal Selidik Kepimpinan

12.30 tghari
-makan tgahari/bersurai
         * Rujuk Kertas Kerja ‘Kursus Kepimpinan Murid 2009’ – ( ABA 2022/SKTS/02/2.3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan