Selasa, 9 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145


KERTAS CADANGAN
KURSUS KEPIMPINAN SEKOLAH (SIRI 2 ) 2010

TEMA :
“KEPIMPINAN MELALUI TELADAN”

1.0
Pengenalan





        Pemimpin sekolah yang terdiri daripada murid-murid dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Disipilin Sekolah untuk membantu guru mengawal dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan peraturan-peraturan sekolah. Pemimpin muda ini akan menjadi role model kepada murid-murid lain di sekolah. Oleh itu perlulah diterapkan nilai-nilai murni dan sikap bertanggungjawab di dalam diri mereka.
        Selain program ini, InsyaALLAH U/BK dan Unit Disiplin & Pengawas akan merangka dan menyusun program susulan serta beberapa program lain untuk melihat perkembangan dan sebagai pengukuhan terhadap pelaksanaan tugasan pemimpin-pemimpin di sekolah.

  2.0

Latar belakang Kursus

        Kursus Kepimpinan Murid Siri 2 ini merupakan lanjutan daripada Kursus Kepimpinan Murid Siri 1 yang lepas. Kursus ini adalah merupakan salah satu tindakan susulan terhadap satu kajian yang telah dijalankan ke atas pemimpin murid. Melalui kajian (soal selidik) tersebut beberapa pemasalahan murid telah dikenal pasti. Bagi menangani pemasalahan tersebut, pihak Unit Disiplin & Pengawas serta Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengambil satu pendekatan  dengan mengadakan satu kursus  lanjutan. Kursus tersebut meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, keyakinan diri, berkomunikasi dan pengurusan & perancangan gerak kerja.
Analisa Soal Selidik  Kepimpinan Murid 2009
Pemasalahan Murid
Bil Peserta
Bil.  setuju
Jum
 %
Kurang faham bidang tugas
52
27 org
52 %
Perlu kemahiran
52
33 org
63 %
Tiada keyakinan diri
52
28 org
54 &
Kurang disiplin diri
52
30 org
58 %
Perancangan tidak sistematik
52
25 org
48 %

 

 3.0


Matlamat




        Ke arah meningkatkan kesedaran tentang kebolehan, keupayaan , dan membina semangat keyakinan diri untuk menjadi seorang pemimpin muda yang berdisiplin, beramanah dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.




4.0
Rasional




        Kursus kepimpinan ini dianjurkan bertujuan menerapkan nilai-nilai kepimpinan yang berkesan dalam menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pemimpin di sekolah. Bersesuaian dengan cabaran pada alaf baru ini, pemimpin-pemimpin muda sekolah perlu ditanam dengan kekuatan mental dan spiritual bagi menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka.



5.0

Objektif



Pada akhir kursus ini para peserta dapat :


4.1
Meningkatkan tahap kefahaman tentang bidang tugas dan tanggungjawab.


4.2
Mengetahui kemahiran membuat laporan tentang sesuatu kes.


4.3
Meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi.


4.4
Mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.


4.5
Mengetahui cara pengendalian sesuatu kes atau situasi tertentu.





6.0
Sasaran Program



Kumpulan sasaran utama kursus ini ialah pengawas-pengawas
 Tahun 4, 5, & 6 seramai 54 orang peserta.
  1. Pengawas  38 orang
  2. Ketua darjah/ penolong 16 orang




7.0
Anjuran



Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Tualang Sekah dengan kerjasama
Unit Disiplin & Pengawas Sekolah.




8.0
Pelaksanaan



Tarikh
:  14 Feb 2009



Hari
:  Sabtu



Jam
:  9.00 pagi – 12.00 tghari






Tempat
:  Dewan Besar SKTS


9.0

Sumber Kewangan



8.1
Sumbangan Peruntukan Unit Bimbingan & Kaunseling

  RM  180.00

 Jumlah

  RM  180.00



10.
Anggaran Perbelanjaan



9.1
Makanan & minuman peserta
RM2.50 x 56 org
  RM  140.00
9.2
Bahan Cetakan

  RM    40.00

Jumlah

  RM  180.00


*Perincian Perbelanjaan Menu Jamuan Makan Dan Minum Peserta

Masa
Menu
Bil/Harga
Jumlah RM

10.30 am

Tea , Kuih & Mee goreng

RM 2.50 x 56 orang

RM 140.00


Jumlah

RM 140.00


11.

Jawatankuasa Pengelola



Jawatankuasa Induk Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah 2008

Penaung
: Pejabat Pendidikan Daerah Kinta.
Penasihat
: En. Amir Abdul Rahman b. Mior Hamzah

  (Guru Besar SK. Tualang Sekah)
Pengerusi
: Pn. Karti bt ratidin

  ( P. Kanan HEM )
N. Pengerusi
: En. Meor Zul Hassan b. Meor harun

  ( P. Kanan Pentadbiran0

: En. Adnan b. Puteh

  (P.Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
: En. Mohd Nazri Bin Rozali
Penyelaras Program
: En. Ishak bin Ismail
Bendahari         
: En. Muhamad Zamani b. Ahmad Shahpin

Jawatankuasa Kerja

Keselamatan dan Kecemasan
: En. Ishak Bin Ismail
 
Peng. majlis/Siaraya
: En. Hishamuddin Bin Ibrahim
Pendaftaran/Urusetia
: Pn. Zamilah bt. Saidi
Urusan Peralatan dan bahan
: En. Mohd Nazri b Rozali
: En. Ishak Bin Ismail
Jurufoto
: En. Aminuddin Bin Ayub
Urusan Jamuan
: Cik Shafiatul Khabtiah bt Mohd Saffian





12.
Jadual Kursus



Tarikh
    Masa
   Aktiviti

14 Feb. 2009

8.45 pagi

-Pendaftaran murid.

9.00 pagi
-Ceramah kepimpinan siri 2
 ( oleh Guru Bimbingan Sekolah)

10.30 pagi
-Kudapan/minum pagi

11.00 pagi
-Bengkel

12.15 tghari
-bersurai






13.


Penutup




       Diharapkan selepas mengikuti kursus ini, pemimpin-pemimpin yang dilantik untuk menjalankan tugas di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar akan lebih bersedia menjalankan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka. Semoga apa yang diusahakan ini akan membuahkan hasil yang membanggakan semua pihak.












Disediakan oleh :                                            Disahkan dan diluluskan oleh


………………………………...                        …………………………………………..
(MOHD NAZRI BIN ROZALI )                          (EN. AMIR ABDUL RAHMAN B MIOR HAMZAH)
Guru Bimbingan Sekolah                              Guru Besar,
SK Tualang Sekah,                                          SK Tualang Sekah,
31700 Malim Nawar, Perak.                           31700 Malim Nawar, Perak.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan