Isnin, 8 November 2010

Modul BK SR - Tahun 1


Bidang
:
Akademik.
Tajuk
:

Kemahiran Mengingat – Telefon Rosak
Objektif
:

Pada akhir sesi murid dapat:
1.     Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.
2.     Memupuk kerjasama dalam kumpulan.

Masa
:
60 minit
Sasaran
:
Tahun 1
Bahan
:
Kad Bergambar – Lampiran A/1D
Langkah-langkah
:

Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menyuruh murid menamakan
beberapa nama haiwan yang mereka tahu.

1.      Wakil setiap kumpulan diminta melihat dan mengingati gambar haiwan yang ditunjukkan.
2.     Ahli kumpulan yang lain duduk dalam bulatan kecil.
3.      Wakil akan mengingat semula gambar yang dilihat dan membisikkan nama-nama haiwan ke telinga murid yang pertama, murid pertama membisikkan kepada murid yang kedua dan seterusnya.
4.      Murid yang terakhir akan diminta untuk menyatakan semula perkataan-perkataan yang diingatinya.
5.      Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan kemampuan daya ingatan kita berbeza dari segi gambar dan perkataan.
6.      Gabungan antara gambar dan perkataan akan meningkatkan kemampuan daya ingatan.

Penilaian
:

Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing dan memerhatikan cara murid melaksanakan aktiviti.
Rumusan
:

Teknik mengingat dapat membantu pelajar dalam proses    
pembelajaran.
Falsafah
:
Otak kita memang berpotensi untuk mengingati apa yang kita belajar.



































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan