Jumaat, 5 November 2010

SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON : 05-4775145


Ruj. Kami: SKTS/UBK/08/03
Tarikh : 6 Feb. 2009
Kepada :

Guru Yang Berkenaan,
Kelas Agama Fardu Ain
Kg Pulai Bergading
Batu Satu,
Malim Nawar.

Tuan,

Mohon Pelepasan Kelas Agama Fardu Ain

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa , pihak sekolah ingin memohon pelepasan kelas tersebut kepada murid sekolah ini seperti berikut ;

2.1 Nama : Rohaidil bin Mohamad
2.2 Tahun : 5 Satria

3. Untuk pengetahuan tuan, murid tersebut terlibat dalam mengikuti Kelas Skim Baucer Tuisyen yang wajib dihadiri di sekolah, yang diadakan pada ketetapan berikut :

3.1 Hari : Setiap Selasa dan Khamis
3.2 Masa : 12.50 p.m – 2.50 p.m

4. Oleh yang demikian, pihak sekolah memohon kerjasama tuan, agar dapat memberi kelepasan kepada murid ini dan murid ini akan hadir ke kelas agama fardu ain pada jam 3.15 petang.

5. Segala kerjasama dan keperihatinan tuan, amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………………..


Sk- Ibu bapa murid
- fail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan