![]() | SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH 31700 MALIM NAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.TELEFON : 05-4775145 |
Ruj. Kami :
Tarikh : 22 Sept. 2010
Kepada :
Ibu Bapa/Waris/Penjaga,
Murid-Murid Tahun 3 SK Tualang Sekah
Tuan/Puan,
Lawatan Sambil Belajar
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kokurikulum SKTS akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar untuk murid-murid Tahun 3 pada ketetapan berikut:
| Tarikh | : 9 Oktober 2010 ( Sabtu) |
| Tempat Pengangkutan Bayaran | : Taiping : Bas Sekolah : RM 25 ( tambang/makan tengahari) |
2. Untuk makluman tuan/puan, lawatan ini diharapkan dapat menambahkan pengetahuan murid dan mendedahkan murid dengan persekitaran alam semulajadi.
3. Sehubungan dengan itu, setiap peserta dikenakan bayaran seperti yang tersenarai di atas dan bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Lawatan dan Borang Kebenaran Ibu Bapa.
Perhatian, kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan untuk kelancaran program ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan tugas,
Borang Pengesahan Lawatan
Kepada
Penyelaras Program Lawatan Sambil Belajar,
Tuan/Puan,
Saya …………………………………………………ibu bapa/penjaga kepada……………………………………………..
Tahun……………membenarkan/tidak membenarkan anak saya mengikuti rombongan tersebut. Bersama ini saya sertakan wang penyertaan sebanyak RM 25 seperti yang dikehendaki. Sekian terima kasih.
Yang benar,
………………………………….. Tarikh :………………………….

Tiada ulasan:
Catat Ulasan