Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145

  “KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG”                            Ruj. Kami : SKTS/UBK/08/04
                                                                                               Tarikh       :  10 Jun  2008

Kepada,

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gopeng/Kampar
31900  Kampar
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

Jemputan ke Majlis Perasmian Penutup
Kem Pembangunan Sahsiah Remaja  Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Selatan 2008

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dengan sukacitanya, pihak sekolah menjemput tuan ke  Majlis Perasmian Penutup Kem tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh
: 15 Jun 2008 (Ahad)
Masa
: 2.00 petang
Tempat
: SK Tualang Sekah, Malim Nawar
Tema
: “Pembangunan Sahsiah Pemangkin
  Kecemerlangan Akademik”

3.         Untuk pengetahuan tuan, kem ini akan dijalankan pada tarikh 13, 14, dan 15 Jun 2008 di sekolah ini, bertujuan memberi pendedahan , memupuk kesedaran  dan menanam kekuatan  dalam kalangan remaja dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani di dalam menghadapi cabaran masa depan.

4.         Pihak sekolah amat berbesar hati, sekiranya tuan dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri di majlis tersebut. Kerjasama dan keperihatinan tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan