Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145

 ‘1 Malaysia : Rakyat DiDahulukan,Pencapaian DiUtamakan’           Ruj. Kami: SKTS/ubk/02/2.5/13
                                                                                                                   Tarikh       :  10 Febuari 2010

Kepada :

Pegawai Kesihatan,
Klinik Kesihatan Malim Nawar,
31700 Malim Nawar,
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

Makluman & Rawatan Kecemasan Kem Pembangunan Sahsiah Awal Remaja Sekolah-Sekolah  Zon Malim Nawar, Anjuran SK Tualang Sekah dan JK Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Gopeng/Kampar 2010


Perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Untuk makluman tuan, Kem tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh
: 19, 20 & 21 Feb 2010
Hari
: Jumaat-Ahad ( 3 hari 2 malam)
Masa
: 3.00pm 19/02/10 hingga 1.00 pm 21/02/10
Tempat
: SK Tualang Sekah, Malim Nawar
Penglibatan
: 140 orang murid ( 5 buah sekolah)
: 40 orang guru

3.         Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik Tuan agar memberi perkhidmatan rawatan kecemasan sekiranya berlaku sebarang keperluan rawatan sepanjang program tersebut berlangsung.

5.            Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan amatlah diharapkan, agar segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mendapat keberkahan dariNya.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,
…………………………………………………………………….
( AMIR ABDUL RAHMAN BIN MIOR HAMZAH)
Guru Besar,
SK Tualang sekah,
31700 Malim Nawar.

s.k- fail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan