Jumaat, 5 November 2010




SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH
31700 MALIM NAWAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON  : 05-4775145

  “KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG”                       Ruj. Kami : SKTS/ubk/02/2.5/08
                                                                                                      Tarikh       :  8 Febuari 2010

Kepada,

En. Mat Salleh b Abdul Rafar
Penyelia Kokurikulum
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan
Perak, Darul Ridzuan

Melalui;

Tn Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan
Perak.

Tuan,

Memohon Menggunakan Peralatan Khemah Untuk Kem Pembangunan Sahsiah Awal Remaja  Sekolah-Sekolah Zon Malim Nawar Anjuran SK Tualang Sekah dan JK Kebajikan Kanak-Kanak  Daerah Gopeng/ Kampar 2010

Dengan segala hormatnya merujuk saya perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin memohon menggunakan peralatan khemah bagi kegunaan Kem tersebut  yang akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh Program
: 19,20 & 21 Febuari 2010
Tempat
: SK Tualang Sekah, Malim Nawar
Khemah Yang Diperlukan
:  30 buah

3.         Kerjasama dan keperihatinan tuan terhadap perkara tersebut amat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………..
( AMIR ABDUL RAHMAN B. MIOR HAMZAH)
Guru Besar,
Sek. Keb. Tualang Sekah,
Malim Nawar, Perak.

-Fail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan