Isnin, 8 November 2010


Bidang
:
Akademik.
Tajuk
:

Kemahiran Mendengar – Telinga Gajah
Objektif
:
Pada akhir sesi murid dapat:-
1.     Membuat pergerakan mengikut arahan yang diberikan.
2.     Sentiasa peka pada arahan atau maklumat yang diberi.
Masa
:
60 minit
Sasaran
:
Tahun 1
Bahan
:
Kertas A4, Lampiran A/1C
Langkah-langkah
:

Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi arahan mudah.
Contoh:               Angkat tangan kanan
                       Angkat tangan kiri
                       Hentak kaki kanan
                       Hentak kaki kiri

1.     Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas A4.
2.     Murid melukis bentuk mengikut arahan guru.
a.  Lukis bulatan besar di bahagian atas kertas.
b.  Dalam bulatan besar lukis dua bulatan kecil di kiri dan kanan.
c.  Di bawah bulatan besar lukis satu segiempat tepat secara 
     menegak.
d.  Di kiri kanan segiempat tepat lukis 2 segitiga.
e.  Di bawah segiempat tadi, lukis 2 segiempat tepat secara
     menegak.
     ( Lampiran A/1C )
3.  Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak beberapa
     orang murid untuk mempamerkan hasil kerja mereka.
4.  Murid diminta memberi pendapat tentang hasil kerja rakan.
5.  Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan
     mendengar dalam proses pembelajaran.
Penilaian
:
Murid boleh membuat pergerakan dan melukis bentuk mengikut arahan yang diberikan.
Rumusan
:
Pentingnya kemahiran mendengar dalam pengajaran dan pembelajaran
Falsafah
:

Komunikasi dua hala lebih berkesan berbanding komunikasi sehala.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan