Isnin, 8 November 2010


Bidang
:
Akademik.
Tajuk
:

Kemahiran Membaca  - Main Peranan
Objektif
:
Pada akhir sesi murid  dapat:
1.     Mengetahui kepentingan membaca.
2.     Memahami bahan bacaan.
3.     Melakukan simulasi ayat mudah.
Masa
:
60 minit
Sasaran
:
Tahun 1
Bahan
:

Kad Imbasan (disediakan oleh guru sebelum sesi pengajaran)         
Langkah-langkah
:

Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyanyi lagu
berkaitan dengan haiwan.
Contoh:- Lompat Si Katak Lompat
             - Bangau Oh Bangau

1.     Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan membaca.
2.     Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kad imbasan dan membaca ayat.
      Contoh: -    Burung terbang.
                         - Katak melompat.
3.   Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan dan ketua diminta 
      mengambil satu kad ayat .
4.   Murid menggayakan aksi mengikut ayat yang diperoleh.

Penilaian
:

Pemahaman pembacaan melalui aksi yang digayakan.
Rumusan
:

Teknik membaca yang betul dapat membantu murid dalam
memahami bahan bacaan.
Falsafah
:

‘Membaca Jambatan Ilmu’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan